Pembangunan dan penilaian telmova untuk pendidikan seni visual tingkatan empat / Rosidah Binti Hamid
Kajian ini bertujuan untuk Membangun dan Menilai TeLMOVA untuk Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah. Justeru itu kajian ini akan mengaplikasikan Reka bentuk Sistem Instruksi menggunakan model Dick & Carey sebagai landasan utama. Kajian ini terdiri dari tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperlu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/4726/1/Rosidah_binti_Hamid.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4726/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk Membangun dan Menilai TeLMOVA untuk Pendidikan Seni
Visual Sekolah Menengah. Justeru itu kajian ini akan mengaplikasikan Reka bentuk
Sistem Instruksi menggunakan model Dick & Carey sebagai landasan utama. Kajian ini
terdiri dari tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan dan Pembangunan TeLMOVA, Fasa
Penilaian Formatif dan Fasa penilaian Sumatif. Fasa Penghasilan TeLMOVA akan
mengikuti langkah pertama hingga ke tujuh dari model Dick & Carey. Manakala Fasa
Penilaian Formatif merupakan program penilaian TeLMOVA oleh pakar menggunakan
pendekatan Delphi Teknik. Fasa Penilaian Sumatif pula merupakan satu kajian
keberkesanan penggunaan TeLMOVA terhadap sikap, kefahaman murid terhadap
TeLMOVA.
Seramai tujuh puluh tiga orang guru Sekolah Menengah daerah Petaling
Selangor telah dipilih untuk menjawab soal selidik peringkat Analisis Keperluan
TeLMOVA. Manakala Seramai 16 murid dari sekolah menengah di sekitar Wilayah
persekutuan Kuala Lumpur dan empat puluh enam orang guru dari empat puluh buah
sekolah menengah di sekitar Wilayah persekutuan Kuala Lumpur terlibat Peringkat
Pembangunan TeLMOVA. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk
mengumpul data kajian. Keberkesanan Pembangunan dan Penilai TeLMOVA dianalisis
secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sikap, ujian kefahaman untuk
mengesan persepsi serta pandangan guru dan murid terhadap amalan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual sebelum dan selepas penggunaan VCD
TeLMOVA. Analisis kuantitatif menggunakan ANOVA memperlihatkan bahawa murid
vii
yang mengikuti pengajaran menggunakan TeLMOVA memperoleh pencapaian yang
lebih signifikan tingginya dalam skor soal selidik sikap dan ujian kefahaman. Dapatan
kajian ini membuktikan bahawa penggunaan TeLMOVA dapat meningkatkan minat,
keseronokan dan kefahaman pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual. Kajian ini juga
mendapati bahawa pengajaran menggunakan TeLMOVA dapat meningkatkan sikap dan
kefahaman murid terhadap Pendidikan Seni Visual di samping merubah tanggapan guru
dan pelajar terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ke
arah lebih positif. |
---|