Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu

Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk kajian tindakan (action research) dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Model kajian tindakan yang diperluaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan untuk mengkaji keberkesanan teknik Teater Forum dalam mengembangkan aspek penaakulan moral, emosi mor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Thambu, Nadarajan
Format: Thesis
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/4708/1/Nadarajan._Teater_Forum.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4708/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.4708
record_format eprints
spelling my.um.stud.47082015-02-18T02:49:38Z Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu Thambu, Nadarajan L Education (General) Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk kajian tindakan (action research) dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Model kajian tindakan yang diperluaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan untuk mengkaji keberkesanan teknik Teater Forum dalam mengembangkan aspek penaakulan moral, emosi moral dan amalan moral murid tingkatan empat. Reka bentuk kajian tindakan merupakan reka bentuk yang sesuai kerana teknik Teater Forum yang dijalankan dalam beberapa fasa gelungan dapat digunakan untuk mencapai matlamat pembelajaran Pendidikan Moral. Peserta kajian terdiri daripada murid-murid Pendidikan Moral kelas aliran sains. Satu kumpulan berfokus yang terdiri daripada enam orang murid dalam setiap kumpulan telah dipilih dari tiga buah sekolah untuk tujuan pengumpulan data. Mereka terdiri daripada murid lelaki dan perempuan kaum Cina dan India. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal dan rakaman video. Kaedah analisis tema yang diasaskan oleh Braun dan Clarke (2006) telah diaplikasikan ke atas data yang terkumpul. Teater Forum telah digunakan sebagai teknik pengajaran Pendidikan Moral. Murid-murid telah mengikuti empat langkah Teater Forum iaitu mengembangkan skrip, lakonan anti-model, sesi forum dan lakonan intervensi. Peserta telah menjadikan konflik atau isu-isu moral yang dihadapi dalam kehidupan harian sebagai bahan cerita untuk membina skrip. Skrip ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan anti-model. Konflik moral yang ditimbulkan dalam lakonan anti-model telah dibincangkan dalam sesi forum untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya para penonton/murid yang berperanan sebagai spect-actor telah menyelesaikan konflik moral yang dipaparkan melalui lakonan intervensi. Sebanyak tiga skrip telah digunakan dalam tiga gelung kajian tindakan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan Teater Forum mampu mengembangkan aspek penaakulan, emosi dan amalan moral murid tingkatan empat. Proses penaakulan moral murid melibatkan perkembangan tiga unsur taakulan iaitu pemikiran moral yang munasabah, pertimbangan yang teliti dalam membuat keputusan dan justifikasi terhadap tindakan yang diambil. Selain itu, Teater Forum dapat mencetuskan emosi kendiri murid seperti perasaan malu, sedih, rasa menyesal, berani, takut, seronok, bangga, marah dan insaf di samping mewujudkan perasaan seperti belas kasihan, benci, kasih sayang dan perasaan empati terhadap orang lain. Dalam pada itu, antara amalan moral yang dikenal pasti ialah melaksanakan tugas, bekerja bersama-sama, bertolak ansur, berketerampilan menyelesaikan konflik moral, bersikap berani, menunjukkan sikap berdikari, saling menolong, menepati masa, berbudi pekerti mulia dan rajin berusaha. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi yang penting kepada pedagogi pengajaran Pendidikan Moral. Selain merealisasikan matlamat program Pendidikan Moral negara kita kajian ini juga mempunyai implikasi terhadap teknik pengajaran guru, proses pembelajaran murid dan transformasi fungsi guru daripada “tukang cerita subjek” kepada penjana pengetahuan yang bermakna dalam realiti kehidupan murid. 2014 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4708/1/Nadarajan._Teater_Forum.pdf Thambu, Nadarajan (2014) Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/4708/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic L Education (General)
spellingShingle L Education (General)
Thambu, Nadarajan
Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu
description Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk kajian tindakan (action research) dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Model kajian tindakan yang diperluaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan untuk mengkaji keberkesanan teknik Teater Forum dalam mengembangkan aspek penaakulan moral, emosi moral dan amalan moral murid tingkatan empat. Reka bentuk kajian tindakan merupakan reka bentuk yang sesuai kerana teknik Teater Forum yang dijalankan dalam beberapa fasa gelungan dapat digunakan untuk mencapai matlamat pembelajaran Pendidikan Moral. Peserta kajian terdiri daripada murid-murid Pendidikan Moral kelas aliran sains. Satu kumpulan berfokus yang terdiri daripada enam orang murid dalam setiap kumpulan telah dipilih dari tiga buah sekolah untuk tujuan pengumpulan data. Mereka terdiri daripada murid lelaki dan perempuan kaum Cina dan India. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal dan rakaman video. Kaedah analisis tema yang diasaskan oleh Braun dan Clarke (2006) telah diaplikasikan ke atas data yang terkumpul. Teater Forum telah digunakan sebagai teknik pengajaran Pendidikan Moral. Murid-murid telah mengikuti empat langkah Teater Forum iaitu mengembangkan skrip, lakonan anti-model, sesi forum dan lakonan intervensi. Peserta telah menjadikan konflik atau isu-isu moral yang dihadapi dalam kehidupan harian sebagai bahan cerita untuk membina skrip. Skrip ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan anti-model. Konflik moral yang ditimbulkan dalam lakonan anti-model telah dibincangkan dalam sesi forum untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya para penonton/murid yang berperanan sebagai spect-actor telah menyelesaikan konflik moral yang dipaparkan melalui lakonan intervensi. Sebanyak tiga skrip telah digunakan dalam tiga gelung kajian tindakan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan Teater Forum mampu mengembangkan aspek penaakulan, emosi dan amalan moral murid tingkatan empat. Proses penaakulan moral murid melibatkan perkembangan tiga unsur taakulan iaitu pemikiran moral yang munasabah, pertimbangan yang teliti dalam membuat keputusan dan justifikasi terhadap tindakan yang diambil. Selain itu, Teater Forum dapat mencetuskan emosi kendiri murid seperti perasaan malu, sedih, rasa menyesal, berani, takut, seronok, bangga, marah dan insaf di samping mewujudkan perasaan seperti belas kasihan, benci, kasih sayang dan perasaan empati terhadap orang lain. Dalam pada itu, antara amalan moral yang dikenal pasti ialah melaksanakan tugas, bekerja bersama-sama, bertolak ansur, berketerampilan menyelesaikan konflik moral, bersikap berani, menunjukkan sikap berdikari, saling menolong, menepati masa, berbudi pekerti mulia dan rajin berusaha. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi yang penting kepada pedagogi pengajaran Pendidikan Moral. Selain merealisasikan matlamat program Pendidikan Moral negara kita kajian ini juga mempunyai implikasi terhadap teknik pengajaran guru, proses pembelajaran murid dan transformasi fungsi guru daripada “tukang cerita subjek” kepada penjana pengetahuan yang bermakna dalam realiti kehidupan murid.
format Thesis
author Thambu, Nadarajan
author_facet Thambu, Nadarajan
author_sort Thambu, Nadarajan
title Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu
title_short Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu
title_full Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu
title_fullStr Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu
title_full_unstemmed Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / Nadarajan a/l Thambu
title_sort penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah / nadarajan a/l thambu
publishDate 2014
url http://studentsrepo.um.edu.my/4708/1/Nadarajan._Teater_Forum.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4708/
_version_ 1738505702861701120
score 13.188404