Pembentukan kerangka kualiti pengurusan pembinaan projek perumahan dalam mengurangkan kecacatan perumahan teres baru siap / Noraini Hamzah

Dalam banyak negara, industri pembinaan mendapatkan kritikan terhadap output yang tidak cekap seperti projek melebihi peruntukan dan masa, produktiviti yang rendah, kualiti yang teruk dan ketidakpuashatian pelanggan. Dalam konteks perumahan, menurut Dasar Perumahan Negara (DRN) yang diluluskan pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamzah, Noraini
Format: Thesis
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/4653/1/Muka_Depan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4653/2/Thesis_PhD_Noraini_Hamzah_2014.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4653/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam banyak negara, industri pembinaan mendapatkan kritikan terhadap output yang tidak cekap seperti projek melebihi peruntukan dan masa, produktiviti yang rendah, kualiti yang teruk dan ketidakpuashatian pelanggan. Dalam konteks perumahan, menurut Dasar Perumahan Negara (DRN) yang diluluskan pada tahun 2010, menetapkan tiga (3) objektif yang mana salah satu dari objektif tersebut adalah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif. Kajian ini mencungkil kebenaran pernyataan tersebut dan mendapati ramai pembeli kurang berpuashati dengan kualiti rumah yang dimiliki dari awal tempoh kependudukan. Pemeriksaan bagi perumahan baru siap ini amnya dilakukan pada peringkat pasca pembinaan. Amalan di Malaysia, pemeriksaan kecacatan dilaksanakan pada awal kependudukan oleh pemilik unit iaitu setelah pemaju menyerah kunci kepada pemilik unit. Proses ini mengekang pembeli dari memberi input kecacatan sewaktu awal pembentukan kecacatan. Begitu juga dengan sistem penilaian kualiti, QLASSIC yang juga bertujuan untuk mengukur kualiti kerja projek bangunan yang telah siap. Sistem alternatif yang bersifat teknikal ini mengukur hanya pada aspek kerja-kerja struktur, arkitek, mekanikal dan elektrikal serta kerja-kerja luaran. Tiada aspek insaniah diukur dalam penilaian ini sedangkan perlaksanaan projek pembinaan sangat bergantung kepada sumber manusia sebagai pengerak utama projek. Ini semua berlaku kerana tiada kerangka kualiti yang secara saintifiknya mampu mengintegrasikan proses pengurusan projek dan pengurusan kecacatan bagi projek perumahan di Malaysia. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengurusan projek bagi melihat perkaitannya dengan kecacatan bangunan bagi membangunkan kerangka kualiti pembinaan projek perumahan iv teres baru siap di Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, 5 objektif telah dilaksanakan melalui 3 fasa. Fasa pertama ialah pengenalpastian punca-punca yang terdapat di sepanjang penghasilan rumah yang boleh menyumbang kepada berlakunya masalah kecacatan pada rumah baru siap. Dalam fasa ini, senarai punca dikenalpasti melalui kajian literatur dan seterusnya soal selidik yang merangkumi 416 responden dipilih secara rawak berstrata daripada 62 buah projek pembinaan rumah di sekitar Lembah Klang. Fasa kedua pula ialah fasa pembentukan kerangka penyelidikan melalui saringan dan pengkelasan data mengunakan ujian kesahihan analisis faktor (CFA). Data seterusnya diuji bagi melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah melalui ujian korelasi menggunakan perisian SPSS dan dimodelkan melalui perisian AMOS. Fasa terakhir ialah pengesahan kebolehgunaan kerangka sebagai strategi penambahbaikan proses penghasilan rumah melalui temubual khas bersama kumpulan fokus iaitu golongan professional dari badan swasta dan kerajaan yang terlibat secara terus dengan projek perumahan yang dipilih. Kajian mendapati 3 konstruk yang disokong oleh 13 dimensi, mampu mempengaruhi masalah kecacatan rumah baru siap iaitu (i) kontruk rekabentuk (ii) pengurusan pembinaan (iii) pembangunan modal insan. 5 dimensi di bawah konstruk rekabentuk ialah kebolehbinaan rekabentuk; ketepatan, perincian dan kejelasan lukisan; spesifikasi pembinaan; variasi dan perpindahan maklumat. Manakala 5 lagi dimensi iaitu keadaan tapak bina; hubungan kerja; perlaksanaan kerja binaan; ketersediaan sumber dan komitmen terhadap kualiti berada di bawah konstruk pengurusan pembinaan. Konstruk yang terakhir iaitu pembangunan modal insan disokong oleh 3 dimensi iaitu tahap pengetahuan; tahap kompetensi dan kemahiran pengurusan. Kerangka ReHDe ini boleh digunapakai oleh pemaju khususnya dan peserta projek amnya untuk dijadikan strategi penambahbaikan dalam proses penghasilan ke arah rumah cacat sifar.