Ciri-ciri organisasi pembelajaran mengikut persepsi guru di sekolah-sekolah menengah di Malaysia / Koh Lee Chin

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana sekolah-sekolah menengah di Malaysia, mempunyai ciri-ciri organisasi pembelajaran dan hubungkaitannya dengan prestasi sekolah. Sepuluh cirri organisasi pembelajaran, berasaskan model organisasi pembelajaran terkenal sebelum ini (Hitt 1995; Marquardt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Koh, Lee Chin
Format: Thesis
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/4648/1/KOH_LEE_CHIN_(YHA_050001).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4648/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana sekolah-sekolah menengah di Malaysia, mempunyai ciri-ciri organisasi pembelajaran dan hubungkaitannya dengan prestasi sekolah. Sepuluh cirri organisasi pembelajaran, berasaskan model organisasi pembelajaran terkenal sebelum ini (Hitt 1995; Marquardt, 1996; Senge, 1990; Watkins & Marsick, 1996) telah dikenal pasti untuk dikaji. Ciri-ciri itu ialah pembelajaran berpasukan, Pendokumentasian, Penurunan Kuasa, Rangkaian Sistem, Kepemimpinan Strategik, Visi Sepunya, Pengetahuan, Teknologi, Struktur Organisasi dan Sistem Penilaian & Pemantauan. Sejumlah 1651 orang guru dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstruktur. Kajian melibatkan 43 buah sekolah menengah harian dari seluruh Malaysia, iaitu tiga buah daripada setiap negeri, dan 30 orang guru (minimum) daripada setiap negeri. Instrumen kajian ini ialah soal selidik dengan item-item yang dipilih dan diadaptasi daripada keempat-empat model berkenaan, dan beberapa item terbuka. Data dianalisis menggunakan pakej SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) dan AMOS (Analysis of Moment Stucture). Cronbach alpha dan Analisis Pengesahan Faktor (Confirmatory Factor Analysis) digunakan bagi menguji kesahihan dan ketepatan instrumen kajian. SEM (Structural Equation Modelling), juga digunakan untuk menjawab soalan kajian dan bagi memastikan data yang dikutip sepadan dengan model yang dicadangkan. Data yang diperoleh daripada item-item terbuka dianalisis, diinterpretasi dan dilaporkan untuk melihat kemungkinan terdapat faktor-faktor lain yang mempunyai hubungkaitan dengan prestasi sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan secara keseluruhan sifat sekolah sebagai organisasi pembelajaran berada pada tahap tinggi. Hubungkaitan antara ciri-ciri organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah adalah positif dan agak signifikan. Analisis lanjutan mendapati ciri-ciri yang boleh dikategorikan sebagai dimensi Pembangunan Profesionalisme Guru (Belajar Berpasukan, Rangkaian Sistem, dan Dokumentasi) mempunyai hubungan yang agak signifikan dengan prestasi berbanding ciri-ciri dimensi Pentadbirandan Kepemimpinan (Penurunan Kuasa, Kepemimpinan Strategik, Visi Sepunya, dan Struktur Organisasi) atau dimensi Pengajaran dan Pembelajaran (Teknologi, Sistem penilaian &Pemantauan dan Pengetahuan).