Stres dalam amalan pemulihan oleh pengamal pemulihan kes penyelewengan agama di Selangor / Nur Akmal Zakiah Ahmad

Setiap profesion pekerjaan tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan tekanan kerja. Begitu juga profesion pengamal pemulihan yang memerlukan komitmen tinggi kepada usaha-usaha rehabilitasi sudah pasti memberikan tekanan tertentu kepada golongan ini. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Akmal Zakiah , Ahmad
Format: Thesis
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15181/1/Nur_Akmal_Zakiah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15181/2/Nur_Akmal_Zakiah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15181/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap profesion pekerjaan tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan tekanan kerja. Begitu juga profesion pengamal pemulihan yang memerlukan komitmen tinggi kepada usaha-usaha rehabilitasi sudah pasti memberikan tekanan tertentu kepada golongan ini. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor tekanan yang dihadapi oleh pengamal pemulihan dalam kes penyelewengan agama di Selangor. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui pendekatan yang diambil oleh pengamal pemulihan dalam menangani tekanan yang dihadapi mereka. Seterusnya pengkaji ingin mengetahui sejauh mana implikasi tekanan mempengaruhi pembangunan diri yang positif terhadap profesional pengamal pemulihan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan sampel informan yang terdiri daripada lima orang pengamal pemulihan yang menjalankan perkhidmatan tolong bantu pelatih yang terlibat dalam kes penyelewengan agama di Selangor. Pengutipan data dijalankan melalui kaedah temubual mendalam dan data kajian dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan pengamal pemulihan antaranya faktor bebanan kerja dan tuntutan pekerjaan, kurang kompetensi dan ilmu pengetahuan, sikap pelatih dan gangguan luar. Berdasarkan dapatan yang diperolehi juga mendapati antara pendekatan yang diambil oleh para pengamal pemulihan bagi menangani tekanan adalah melalui amalan agama dan kerohanian, sokongan sosial, aktiviti kegemaran dan persekitaran yang sihat. Dari sudut lain, kajian juga mendapati bahawa berlakunya pembangunan positif dalam diri pengamal pemulihan daripada sudut ilmu pengetahuan, kemahiran dan kerohanian. Akhir sekali, kajian dapat mengenal pasti bahawa tekanan mempengaruhi pembangunan diri pengamal secara positif dan negatif.