Pembangunan modul pedagogi surah al-Fatihah dan tiga qul berasaskan teknologi untuk pelajar pekak di kolej vokasional / Muhammad Sayuti Sabdan
Pendidikan Islam terutamanya pendidikan al-Quran merupakan pendidikan agama yang perlu / wajib diajari dan dipelajari oleh setiap insan beragama Islam. Berdasarkan pemerhatian dalam kajian literatur, penyelidik mendapati bahawa terdapat isu utama menjadi permasalahan yang dihadapi oleh pelajar pekak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15173/2/Muhammad_Sayuti.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15173/1/Muhammad_Sayuti.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15173/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan Islam terutamanya pendidikan al-Quran merupakan pendidikan agama yang perlu / wajib diajari dan dipelajari oleh setiap insan beragama Islam. Berdasarkan pemerhatian dalam kajian literatur, penyelidik mendapati bahawa terdapat isu utama menjadi permasalahan yang dihadapi oleh pelajar pekak di Kolej Vokasional terutamanya melibatkan modul pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan modul pedagogi surah al-Fatihah dan Tiga Qul berasaskan teknologi untuk pelajar pekak di Kolej Vokasional. Oleh itu, kajian ini dijalankan melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta analisis penilaian keberkesanan. Data bagi fasa pertama adalah analisis keperluan telah dilaksanakan melalui temu bual separa berstruktur terhadap 10 orang guru al-Quran untuk pelajar pekak. Seterusnya ialah peringkat fasa kedua iaitu reka bentuk dan pembangunan modul. Data pada peringkat reka bentuk diperoleh melalui teknik Fuzzy Delphi terhadap 19 orang pakar pendidikan Islam, pengajian al-Quran, pendidikan khas masalah pendengaran, teknologi pendidikan, serta teknologi komunikasi dan maklumat. Data dianalisis berdasarkan respons pakar terhadap borang soal selidik iaitu merujuk kepada lima skala Likert Linguistik Fuzzy. Seterusnya nilai ‘d’ dihitung. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan konsensus daripada panel pakar terhadap semua item yang terdapat dalam borang soal selidik. Manakala pada peringkat pembangunan pula adalah melibatkan pemurnian rancangan pengajaran dan pembelajaran serta laman web terhadap reka bentuk modul, isi kandungan modul, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan pelaksanaan penilaian modul oleh empat orang pakar. Pada fasa yang terakhir iaitu ketiga, praujian dan pascaujian dijalankan ke atas 15 orang pelajar pekak di Kolej Vokasional. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan bahawa terdapat keperluan modul pedagogi surah al-Fatihah dan Tiga Qul berasaskan teknologi untuk pelajar pekak di Kolej Vokasional. Dapatan analisis temu bual separa berstruktur menunjukkan bahawa modul pedagogi al-Quran untuk pelajar pekak masih kurang dilaksanakan secara tersusun. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan menjadi satu keperluan untuk membangunkan modul pedagogi al-Quran untuk pelajar pekak khususnya di Kolej Vokasional. Seterusnya dapatan kajian bagi fasa reka bentuk kajian menunjukkan kesemua panel pakar telah mencapai konsesus nilai ‘d’ ≤ 0.2 iaitu dengan peratus melebihi 75% berdasarkan item-item yang sesuai dalam modul pedagogi tersebut. Manakala dari sudut pembangunan modul pedagogi surah al-Fatihah dan Tiga Qul perlu dilakukan beberapa penambahbaikan seperti reka bentuk modul tersebut. Fasa penilaian pula iaitu ujian t berpasangan dilaksanakan menerusi praujian dan pascaujian. Data menunjukkan pencapaian dari sudut kefahaman yang signifikan dengan nilai p adalah .00 iaitu kurang daripada 0.5 (p< .05). Oleh itu, modul pedagogi surah al-Fatihah dan Tiga Qul berasaskan teknologi untuk pelajar pekak di Kolej Vokasional adalah sesuai diaplikasikan pada peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, guru / pensyarah dan pelajar pekak dalam pendidikan Islam pengajian al-Quran.
|
---|