Aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli untuk peningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah / Noor Hanim Harun

Pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme Orang Asli merangkumi proses pengajaran, pembelajaran dan mengajar kreativiti yang mengintergrasi kebitaraaan masyarakat Orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Hanim , Harun
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15167/1/Noor_Hanim.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15167/2/Noor_Hanim.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15167/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme Orang Asli merangkumi proses pengajaran, pembelajaran dan mengajar kreativiti yang mengintergrasi kebitaraaan masyarakat Orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli untuk peningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah. Model ini menterjemahkan bagaimana pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli untuk peningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, penyampaian kurikulum dan kandungan pengajaran bagi guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah Orang Asli. Metodologi kajian menggunakan pendekatan temubual dan Interpretive Structural Modeling (ISM), yang melibatkan pandangan 12 orang pakar pelbagai bidang berkaitan pendidikan kanak-kanak orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli dengan memetakan hubungan sebelas elemen: Berkongsi cerita; Hubungan dengan alam; Kinestetik; Simbol dan imej; Holistik; Belajar melalui bermain; Bertema; Koperatif: Imaginatif; Berpusatkan pelajar dan Teknologi (ICT) yang berpandukan intelektualisme masyarakat Orang Asli iaitu alat muzik, kraftangan, peralatan seharian, perubatan herba, cerita rakyat dan lagu sewang. Model ini memberi implikasi terhadap corak penyampaian kurikulum dan kandungan pengajaran dalam konteks masyarakat Orang Asli bagi meningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah Orang Asli.