Kegiatan sosio-ekonomi pendatang Filipina di Sabah: Satu kajian kes di Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah / Zulkiflie Hassan
Kajian ini memaparkan latarbelakang sosio-ekonomi pendatang Filipina di Sabah yang mendiami kawasan petempatan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah. Dalam bab I, perkara yang dibincangkan ialah latarbelakang pendatang Filipina di Sabah. Seterusnya kajian ini membincangkan permasalahan, tujuan, bidang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1994
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15165/1/Zulkiflie_Hassan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15165/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini memaparkan latarbelakang sosio-ekonomi pendatang Filipina di Sabah yang mendiami kawasan petempatan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah. Dalam bab I, perkara yang dibincangkan ialah latarbelakang pendatang Filipina di Sabah. Seterusnya kajian ini membincangkan permasalahan, tujuan, bidang kajian dan juga metodologi yang digunakan. Bab ini juga menjelaskan sedikit mengenai latarbelakang kawasan kajian, definisi konsep penghijrahan dan latarbelakang orang Filipina. Bab II pula, perkara yang dibincangkan adalah mengenai sejarah dan jalan-jalan penghijrahan orang-orang Filipina ke Sabah. Di sini dimuatkan latarbelakang responden iaitu sebab-sebab mereka berhijrah, taburan umur, jangkamasa menetap di Kota Kinabalu dan Sabah, status perkahwinan, etnik, agama, tahap pendidikan, bahasa yang digunakan, kemahiran berbahasa lain, kemahiran membaca dan menulis serta taraf kewarganegaraa. Seterusnya dalam bab III, pengkaji membincangkan kegiatan ekonomi masyarakat pendatang dan keluarga Filipina di Pulau Gaya dan Kota Kinabalu. Di sini telah dikemukakan tentang peruntukan undang-undang untuk pekarja asing, jenis perkerjaan tetap dan perkerjaan informal yang dilibatkan dan pendaftaran mereka di Jabatan Buruh. Juga dibincangkan tentang kemudahan-kemudahan yang diterima dalam sektor-sektor awan dan swasta, di samping memuatkan pendapatan, perbelanjaan dan simpanan bagi setiap ketua isi rumah dan seisirumah. Dalam bab IV, pengkaji menyentuh aspek sosial, yang menumpukan keadaan sosial, nilai sosial masyarakat pendatang Filjpina di tempat kajian. Ia membincangkan harta yang dimiliki, kemudahan sosial yang diterima di kawasan kajian, perhubungan kekeluargaan dan saudara mara di Sabah dan Filipina di samping perhubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Di si ni juga di muatkan tentang alat perhubungan yang di gunakan untuk menghubungi saudara mara yang masih menetap di negara Filipina. Manakala bab V pula, di bincangkan tentang penglibatan masyarakat ini dalam organisasi politik dan sosial di kawasan kajian. Di sini telah dipapnrkan isu-isu yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin terutamanya orang Filipina. lsu tersebut melibatkan untuk kepentingan politik dan agama. Di samping itu pengkaji memaparkan aspek jenayah dan isu persaingan penggunaan kemudahan sosial di kalangan masyarakat pendatang tanpa izin Filipina dengan orang tempatan. Di sini juga dikemukakan isu tuntutan negarn Filipina terhadap Sabah dan pandangan masyarakat ini tentang tuntutan tersebut. Dalam bab kesimpulan pula, pengkaji melihat sejauh manakah langkah atau tindakan kerajaan mengambil berat tentang masalah kebanjiran kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Di sini juga didedahkan beberapa kesan utama akibat kehadiran mereka dan mcmuntkan beberapa cadangan langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang berhubung dengan masyarakat pendatang tanpa izin di Malaysia amnya dan Sabah khasnya.
|
---|