Hubungan penglibatan ibu bapa dengan kemahiran sosial kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara / Nora Azua Zaini

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan penglibatan ibu bapa dengan kemahiran sosial kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara. Dari segi pembangunan kemahiran sosial, penglibatan ibu bapa dapat memudahkan pembangunan pendekatan disiplin yang konsisten di rumah dan sekolah. Pengetahuan te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nora Azua, Zaini
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15130/2/Nora_Azua.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15130/1/Nora_Azua.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15130/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan penglibatan ibu bapa dengan kemahiran sosial kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara. Dari segi pembangunan kemahiran sosial, penglibatan ibu bapa dapat memudahkan pembangunan pendekatan disiplin yang konsisten di rumah dan sekolah. Pengetahuan tentang hubungan penglibatan ibu bapa dengan kemahiran sosial ini juga dapat memberi pendedahan dan membantu ibu bapa khususnya dalam memahami kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anak-anak bagi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak di mana kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting dalam menyediakan individu menghadapi kehidupan abad ke-21 khususnya. Kajian ini merupakan kajian korelasi yang menggunakan kaedah tinjuan yang menggunakan soal selidik. Soal selidik ini ditadbir oleh sampel kajian iaitu ibu bapa kepada 148 orang kanak-kanak berumur 4 tahun di sekitar PAPN Zon Tengah. Seterusnya, data dianalisis menggunakan sistem SPSS bagi memerihal dan mengukur darjah perkaitan antara penglibatan ibu bapa dengan kemahiran sosial kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa kanak-kanak PAPN adalah sederhana manakala tahap kemahiran sosial kanak-kanak juga pada tahap sederhana. Selanjutnya terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan kemahiran sosial kanak-kanak dan juga dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penglibatan ibu bapa dan kemahiran sosial kanak-kanak berdasarkan status sosioekonomi ibu bapa (tahap pendidikan dan tahap pendapatan ibubapa. Secara kesimpulan, penglibatan ibu bapa sangat penting sama ada di sekolah mahupun di rumah dan ianya telah memberikan input positif dan sekaligus telah membantu dalam perkembangan sosial seseorng kanak-kanak.