Konsepsi isi padu kuboid dalam kalangan murid tahun lima / Suzy Mohamed
Konsepsi geometri dan ruang penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, murid sering mengalami masalah kesilapan konsep dan menyebabkan kesukaran untuk mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat konsepsi yang dimiliki oleh murid Tahun Lima tentang isi padu kuboid dan car...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15077/1/Suzy_Mohamed.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15077/2/Suzy_Mohamed.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15077/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Konsepsi geometri dan ruang penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, murid sering mengalami masalah kesilapan konsep dan menyebabkan kesukaran untuk mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat konsepsi yang dimiliki oleh murid Tahun Lima tentang isi padu kuboid dan cara mereka menggunakan konsepsi tersebut untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan isi padu kuboid. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah membentuk empat soalan kajian berdasarkan konstruk tertentu, iaitu gambaran mental, perwakilan, makna, dan penyelesaian masalah. Kajian kes yang melibatkan empat orang murid Tahun Lima dari sebuah sekolah rendah di kawasan Lembah Klang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Konstruktivisme radikal digunakan sebagai teori latar belakang, manakala data kajian pula dikumpul melalui empat sesi temu duga klinikal yang dirakamkan secara audio dan video. Kajian mendapati subjek telah menggambarkan isi padu sebagai jumlah muatan yang memenuhi ruangan dalaman sesuatu objek 3D dan majoriti murid melihat objek yang mempunyai ruang sebagai objek yang mempunyai isi padu. Dalam konteks perwakilan isi padu kuboid pula, subjek menggunakan idea pengisian ruangan dalaman dengan menggunakan objek 3 dimensi yang sama saiz dan bentuk sebagai alat untuk mengukur isi padu. Hanya seorang subjek yang menggunakan idea penggunaan rumus ketika menunjukkan isi padu bekas yang lebih besar. Dalam konteks memberi makna, subjek menyusun bahan yang disediakan oleh pengkaji berpandukan tiga gambar sudut pandangan. Kebanyakan subjek lebih gemar menggunakan idea penambahan berulang lapisan demi lapisan ketika mendapatkan isi padu binaan yang dihasilkan berbanding menggunakan rumus isi padu. Dalam konteks menyelesaikan masalah juga majoriti subjek menggunakan kaedah pengisian ruang bagi mendapatkan saiz kotak yang diperlukan untuk mengisi sebilangan kotak tisu dan biskut.
Secara keseluruhannya melalui kajian ini terdapat empat konsepsi yang telah ditemui oleh pengkaji. Pertama, subjek menggambarkan isi padu sebagai jumlah muatan ruangan dalaman objek, kedua semua objek 2D dan 3D mempunyai perimeter dan luas, selagi objek tersebut mempunyai ukuran sisi dan permukaan. Ketiga, subjek lebih mudah menggunakan kaedah pengisian ruang untuk mendapatkan nilai isi padu berbanding penggunaan rumus. Akhirnya pengkaji mendapati subjek mengkonsepsikan isi padu berdasarkan konteks kehidupan seharian, di mana beberapa istilah yang digambarkan dan diwakilkan menggunakan pengalaman yang dilaluinya seharian dan kurang menyentuh tentang idea Matematik yang dipelajari secara formal di sekolah.
|
---|