Konsep Muru’ah remaja dan hubungnnya dengan pembangunan sahsiah dari perspektif psikospiritual Islam / Nur Ulfah Harun

Zaman remaja merupakan fasa perkembangan yang kritikal di mana manusia mula mengalami perubahan dari aspek fizikal, mental, emosi dan moral. Antara krisis yang sering membelenggu para remaja pada peringkat ini adalah masalah pencarian identiti dan jati diri yang mempengaruhi cara seseorang remaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Ulfah, Harun
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14834/1/Nur_Ulfah_Harun.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14834/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zaman remaja merupakan fasa perkembangan yang kritikal di mana manusia mula mengalami perubahan dari aspek fizikal, mental, emosi dan moral. Antara krisis yang sering membelenggu para remaja pada peringkat ini adalah masalah pencarian identiti dan jati diri yang mempengaruhi cara seseorang remaja bertingkah laku. Mempunyai konsep harga diri yang jelas dilihat mampu membentuk tingkah laku para remaja seterusnya membina sahsiah diri yang unggul. Muru’ah merupakan salah satu konsep harga diri berasaskan konsep akhlak Islam yang menekankan keupayaan seseorang untuk menjaga tingkah laku dan berakhlak mulia. Oleh yang demikian, kajian yang menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan yang bersifat konseptual ini menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menganalisis konsep muru’ah remaja dari perspektif Islam. Kajian menumpukan dua aspek utama perbahasan iaitu konsep muru’ah dari perspektif psikospiritual Islam dengan menganalisis konsep, elemen dan matlamat muru’ah dan pembangunan sahsiah remaja meliputi konsep pembangunan sahsiah, konsep remaja dari perspektif psikospiritual Islam dan proses tazkiyah al-nafs dalam pembangunan sahsiah remaja. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengemukakan konsep muru’ah sebagai kaedah pembangunan sahsiah remaja seterusnya mencadangkan model pembentukan muru’ah remaja dari perspektif psikospiritual Islam.