Analisis vokal lagu Mengadap Rebab dalam teater Makyung Kelantan / Wan Ismail Naqiuddin Hasbi

Mengadap Rebab, sebuah lagu pembuka semasa babak permulaan persembahan bagi teater tradisional Makyung. Ia dipersembahkan lengkap dengan elemen muzik, nyanyian dan seni gerak tari.Pemain watak Pak Yong yang menjadi watak utama di dalam teater ini diberi peranan sebagai vokal utama dan seterusnya set...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Ismail Naqiuddin , Hasbi
Format: Thesis
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14778/2/Wan_Ismail_Naqiuddin.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14778/1/Wan_Ismail_Naqiuddin.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14778/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mengadap Rebab, sebuah lagu pembuka semasa babak permulaan persembahan bagi teater tradisional Makyung. Ia dipersembahkan lengkap dengan elemen muzik, nyanyian dan seni gerak tari.Pemain watak Pak Yong yang menjadi watak utama di dalam teater ini diberi peranan sebagai vokal utama dan seterusnya setiap rangkap akan disahut oleh sekumpulan suara yang dikenali sebagai Jong-Donde. Tesis ini membentangkan analisis berkaitan dengan vokal atau suara yang dinyanyikan oleh pemain watak Pak Yong dalam lagu Mengadap Rebab. Menerusi analisis yang dijalankan kepada beberapa orang pemain, ia akan merungkai hubung kait nada dan variasi alunan suara yang dinyanyikan serentak bersama alat muzik Rebab. Melalui kajian ini, akan dapat diperhatikan julat suara yang diperlukan bagi melengkapkan nyanyian lagu ini. Perkara yang dibahaskan juga adalah berkaitan dengan tingkat suara yang dimainkan oleh rata-rata pemain watak di dalam lagu ini dan kategori vokal yang diperlukan bagi seorang lelaki dan wanita. Seperkara lagi adalah huraian berdasarkan improvisasi yang dimainkan serta kemahiran yang perlu ada bagi setiap individu yang ingin menyanyikan lagu Mengadap Rebab di dalam teater ini. Sebagai kesimpulan, tesis ini akan merungkai elemen seni suara dalam karakter yang menjadi faktor penyumbang kepada nyanyian lagu Mengadap Rebab ini untuk dipersembahkan.