Cabaran penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah berkaitan ajaran sesat: Kajian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Zaim Muzhafar Abu Hasan

Kajian ini memfokuskan berkenaan cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JA WI) dalam penguatkuasaan undang-undang bagi kes ajaran sesat. Skop kajian adalah berkaitan tugas-tugas PPA dalam menjalankan operasi penguatkuasaan bermula dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaim Muzhafar , Abu Hasan
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14670/1/Zaim_Muzhafar.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14670/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan berkenaan cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JA WI) dalam penguatkuasaan undang-undang bagi kes ajaran sesat. Skop kajian adalah berkaitan tugas-tugas PPA dalam menjalankan operasi penguatkuasaan bermula dari aspek penerimaan aduan sehinggalah kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa syarie. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peruntukan undang-undang jenayah syariah, tatacara dan cabaran penguatkuasaan bagi kes ajaran sesat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan metode temu bual secara semistruktur dan metode observasi di Bahagian Penguatkuasaan JA WI, serta menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Peruntukan bagi kesalahan ajaran sesat ini dinyatakan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 dan prosedur menjalankan penyiasatan terhadap kes ajaran sesat yang dilaporkan. Selain itu, terdapat cabaran yang dihadapi oleh PPA JAWI dalam menjalankan operasi penguatkuasaan kes ajaran sesat seperti isu mendapatkan keterangan melalui bahan bukti khususnya dari alat telekomunikasi yang sukar dikesan. Selain itu, terdapat juga isu di peringkat pentadbiran, khususnya dalam ha! perjawatan PP A. Isu ini sangat berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran PPA dalam menjalankan operasi penguatkuasaan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat keperluan untuk melantik PPA dari jawatan di bawah skim Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) kepada Pegawai Syariah (LS41). Selanjutnya, prosedur yang diperkenalkan kepada PPA perlu dikemaskini dari masa ke semasa, selain memastikan semua PPA JA WI dapat menghadam dan meningkatkan kefahaman mereka melalui kursus dan taklimat yang diberikan.