Pemahaman pelajar lepasan menengah tentang pengamiran tentu / Nurhayani Romeo

Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme radikal sebagai landasan teori dan bertujuan mengenal pasti pemahaman pelajar lepasan menengah tentang pengamiran tentu. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Kaedah pemilihan peserta kajian adalah mengikut cara persampelan bertujuan dengan memilih en...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurhayani , Romeo
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14629/1/Nurhayani.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14629/2/Nurhayani_Romeo.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14629/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme radikal sebagai landasan teori dan bertujuan mengenal pasti pemahaman pelajar lepasan menengah tentang pengamiran tentu. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Kaedah pemilihan peserta kajian adalah mengikut cara persampelan bertujuan dengan memilih enam peserta kajian yang terdiri dalam kalangan pelajar diploma semester kedua di institusi pengajian tinggi teknikal, terutamanya mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan teknikal. Tiga rancangan temu duga dibahagikan kepada beberapa komponen yang dikemukakan kepada pelajar, berhubung dengan gambaran mental, perwakilan, makna, penaakulan, cara berkomunikasi, dan penyelesaian masalah tentang pengamiran tentu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar memberi gambaran mental tentang pengamiran tentu dan boleh dikelaskan kepada empat kategori iaitu gambaran berdasarkan definisi, gambaran berdasarkan aplikasi, gambaran berdasarkan tatatanda, dan gambaran berdasarkan numerik. Selain itu, pelajar mewakilkan pengamiran tentu kepada tiga kategori, iaitu perwakilan secara grafik, perwakilan secara berangka, dan perwakilan secara skematik. Di samping itu, pelajar menggunakan tiga kategori dalam mentafsir makna bagi pengamiran tentu, iaitu makna berdasarkan grafik, hukum algoritma, dan bentuk geometri. Seterusnya, pelajar menggunakan dua kategori dalam membuat penaakulan tentang pengamiran tentu, iaitu imej, dan operasional. Kajian ini juga mendapati cara pelajar berkomunikasi tentang pengamiran tentu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu komunikasi berdasarkan bahasa matematik, kemahiran, dan visual. Akhir sekali, cara pelajar menyelesaikan masalah pengamiran tentu boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu penyelesaian masalah secara grafik, rumus, dan transformasi. Dapatan hasil kajian ini turut memberi implikasi kepada teori konstruktivisme radikal tentang pemahaman yang dimiliki oleh pelajar lepasan menengah dalam memberi refleksi akan pengalaman sedia ada mereka. Implikasi kajian ini turut merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran tentang pengamiran tentu, penilaian dasar dan polisi pendidikan matematik, aplikasi teori yang digunakan kajian ini dalam bilik darjah, pengembangan dan kesedaran pengetahuan asas pelajar yang mendalam tentang pengamiran tentu, dan pemantapan arah pendidikan dan pelan pembangunan dalam pendidikan kalkulus.