Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin

Disertasi ini membincangkan pengurusan bekalan air di Selangor dalam tempoh 1874 sehingga tahun 1920. Kehadiran dan campurtangan British dalam pentadbiran negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai jabatan dan juga penguasa tempatan yang berfungsi untuk mentadbir hal ehwal pembandaran dan juga be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Badrul Adzham , Baharudin
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14552/1/Mohamad_Badrul_Adzham.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14552/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.14552
record_format eprints
spelling my.um.stud.145522023-06-27T18:04:58Z Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin Mohamad Badrul Adzham , Baharudin H Social Sciences (General) HD28 Management. Industrial Management Disertasi ini membincangkan pengurusan bekalan air di Selangor dalam tempoh 1874 sehingga tahun 1920. Kehadiran dan campurtangan British dalam pentadbiran negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai jabatan dan juga penguasa tempatan yang berfungsi untuk mentadbir hal ehwal pembandaran dan juga berperanan menguruskan kemudahan-kemudahan awam yang telah dibangunkan khasnya sistem bekalan air yang telah siap sepenuhnya pada tahun 1896. Oleh itu, persoalan disertasi ini ialah sejauh mana penglibatan pihak British dalam memajukan pengurusan pembekalan air di Selangor antara tahun 1874 hingga 1920 yang memungkinkan wujudnya keadaan yang ideal dan kondusif di negeri ini. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam disertasi ini meliputi pendekatan dan analisis kualitatif. Oleh itu, data-data maklumat adalah berasaskan sumber primer mencakupi Laporan Tahunan Negeri Selangor, Fail Pejabat Setiausaha Selangor, Fail Pejabat Tanah Jajahan, Fail Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British dan Enakmen-enakmen yang diperoleh dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Pada peringkat awalnya, pihak British dilihat cuba menguruskan sumber air semulajadi seperti air perigi dan sungai supaya selamat digunakan. Namun sikap penduduk yang tidak mementingkan kebersihan telah menyebabkan tercetusnya wabak bawaan air yang memaksa pihak British mencari alternatif lain bagi memastikan kebersihan air terjamin. Oleh itu, pihak pentadbiran British telah merancang dan membangunkan sistem bekalan air bersih yang telah berjaya disiapkan pada tahun 1896 dengan kepakaran jurutera yang dibawa dari Eropah. Secara keseluruhannya kehadiran British dilihat telah membentuk sistem pembekalan air bersih yang lebih baik dan selamat untuk digunakan. Walaupun terdapat masalah-masalah yang timbul dalam menguruskan bekalan air bersih ini, ia dapat diatasi melalui aplikasi teknologi yang dibawa daripada Eropah. Namun begitu, pemindahan dan pengadaptasian teknologi yang dibawa daripada Eropah ini bukan lah sesuatu yang mudah. Ini disebabkan pihak jurutera terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan peralatan yang memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan alat ganti kerana hampir kebanyakan peralatan untuk membangunkan sistem bekalan air pada ketika itu dibawa daripada Eropah. Selain itu, pengenalan meter air yang digunakan untuk menentukan kadar bayaran bil air juga turut menimbulkan polemik antara penduduk dan pihak penguasa iaitu pihak Sanitary Board yang telah diberikan tugas untuk mengutip bil air. Perkara ini berlaku disebabkan ada diantara penduduk dan pegawai British sendiri yang mahukan kadar bayaran sama rata (flat rate) digunakan. Masalah ini kemudiannya berjaya diselesaikan apabila undang-undang berkenaan bekalan air (Water Work Enactment) telah digubalkan dan dikuatkuasakan. Permintaan bekalan air dan penggunaannya yang semakin meningkat setiap tahun memerlukan pihak pentadbiran British memberi perhatian khusus terhadap kemudahan ini. Pengenalan dasar dan organisasi khas untuk menguruskan bekalan air kemudiannya dilihat menjadi faktor berkembangnya jaringan sistem bekalan air di setiap daerah dalam negeri Selangor. Hal ini seterusnya membolehkan penduduk di negeri ini memperoleh kemudahan bekalan air yang bersih secara berterusan. 2018 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14552/1/Mohamad_Badrul_Adzham.pdf Mohamad Badrul Adzham , Baharudin (2018) Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin. Masters thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/14552/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic H Social Sciences (General)
HD28 Management. Industrial Management
spellingShingle H Social Sciences (General)
HD28 Management. Industrial Management
Mohamad Badrul Adzham , Baharudin
Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin
description Disertasi ini membincangkan pengurusan bekalan air di Selangor dalam tempoh 1874 sehingga tahun 1920. Kehadiran dan campurtangan British dalam pentadbiran negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai jabatan dan juga penguasa tempatan yang berfungsi untuk mentadbir hal ehwal pembandaran dan juga berperanan menguruskan kemudahan-kemudahan awam yang telah dibangunkan khasnya sistem bekalan air yang telah siap sepenuhnya pada tahun 1896. Oleh itu, persoalan disertasi ini ialah sejauh mana penglibatan pihak British dalam memajukan pengurusan pembekalan air di Selangor antara tahun 1874 hingga 1920 yang memungkinkan wujudnya keadaan yang ideal dan kondusif di negeri ini. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam disertasi ini meliputi pendekatan dan analisis kualitatif. Oleh itu, data-data maklumat adalah berasaskan sumber primer mencakupi Laporan Tahunan Negeri Selangor, Fail Pejabat Setiausaha Selangor, Fail Pejabat Tanah Jajahan, Fail Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British dan Enakmen-enakmen yang diperoleh dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Pada peringkat awalnya, pihak British dilihat cuba menguruskan sumber air semulajadi seperti air perigi dan sungai supaya selamat digunakan. Namun sikap penduduk yang tidak mementingkan kebersihan telah menyebabkan tercetusnya wabak bawaan air yang memaksa pihak British mencari alternatif lain bagi memastikan kebersihan air terjamin. Oleh itu, pihak pentadbiran British telah merancang dan membangunkan sistem bekalan air bersih yang telah berjaya disiapkan pada tahun 1896 dengan kepakaran jurutera yang dibawa dari Eropah. Secara keseluruhannya kehadiran British dilihat telah membentuk sistem pembekalan air bersih yang lebih baik dan selamat untuk digunakan. Walaupun terdapat masalah-masalah yang timbul dalam menguruskan bekalan air bersih ini, ia dapat diatasi melalui aplikasi teknologi yang dibawa daripada Eropah. Namun begitu, pemindahan dan pengadaptasian teknologi yang dibawa daripada Eropah ini bukan lah sesuatu yang mudah. Ini disebabkan pihak jurutera terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan peralatan yang memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan alat ganti kerana hampir kebanyakan peralatan untuk membangunkan sistem bekalan air pada ketika itu dibawa daripada Eropah. Selain itu, pengenalan meter air yang digunakan untuk menentukan kadar bayaran bil air juga turut menimbulkan polemik antara penduduk dan pihak penguasa iaitu pihak Sanitary Board yang telah diberikan tugas untuk mengutip bil air. Perkara ini berlaku disebabkan ada diantara penduduk dan pegawai British sendiri yang mahukan kadar bayaran sama rata (flat rate) digunakan. Masalah ini kemudiannya berjaya diselesaikan apabila undang-undang berkenaan bekalan air (Water Work Enactment) telah digubalkan dan dikuatkuasakan. Permintaan bekalan air dan penggunaannya yang semakin meningkat setiap tahun memerlukan pihak pentadbiran British memberi perhatian khusus terhadap kemudahan ini. Pengenalan dasar dan organisasi khas untuk menguruskan bekalan air kemudiannya dilihat menjadi faktor berkembangnya jaringan sistem bekalan air di setiap daerah dalam negeri Selangor. Hal ini seterusnya membolehkan penduduk di negeri ini memperoleh kemudahan bekalan air yang bersih secara berterusan.
format Thesis
author Mohamad Badrul Adzham , Baharudin
author_facet Mohamad Badrul Adzham , Baharudin
author_sort Mohamad Badrul Adzham , Baharudin
title Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin
title_short Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin
title_full Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin
title_fullStr Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin
title_full_unstemmed Pengurusan bekalan air di Selangor, 1874-1920 / Mohamad Badrul Adzham Baharudin
title_sort pengurusan bekalan air di selangor, 1874-1920 / mohamad badrul adzham baharudin
publishDate 2018
url http://studentsrepo.um.edu.my/14552/1/Mohamad_Badrul_Adzham.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14552/
_version_ 1770551699182714880
score 13.160551