Pelaksanaan fiqh ayat kurikulum bersepadu tahfiz : Analisis penguasaan pelajar dan keberkesanannya terhadap hafazan al-Quran di Mittis Sabak Bernam / Syukr Abdul Hay Kamat

Kurikulum Bersepadu Tahfiz melalui KPM telah menyediakan platform pengajian tahfiz dan akademik secara integrasi. Melalui Hifz Al-Qur’ān KBT pelajar berpeluang mempelajari hafazan, dan kefahaman makna al-Qur’ān disamping mata pelajaran akademik yang lain. Pembelajaran Fiqh Ayat didapati kurang diber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syukr Abdul Hay , Kamat
Format: Thesis
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14456/1/Syukr_Abdul_Hay.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14456/2/Syukr_Abdul_Hay.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14456/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum Bersepadu Tahfiz melalui KPM telah menyediakan platform pengajian tahfiz dan akademik secara integrasi. Melalui Hifz Al-Qur’ān KBT pelajar berpeluang mempelajari hafazan, dan kefahaman makna al-Qur’ān disamping mata pelajaran akademik yang lain. Pembelajaran Fiqh Ayat didapati kurang diberikan perhatian berbanding hafazan dalam pendidikan Tahfiz. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Fiqh Ayat terhadap hafazan pelajar tahfiz di MITTIS Sabak Bernam. Justeru penggunaan kaedah mix method dapat memenuhi keperluan kajian ini. Hasil dapatan soal selidik dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) sementara kajian kualitatif menggunakan analisis tematik. Dapatan analisis kesuluruhan soal selidik terhadap 103 responden mendapati nilai min 3.40 dengan interpretasi sederhana menunjukkan tahap pembelajaran, penguasaan dan keberkesanan Fiqh Ayat di MITTIS perlu diberikan perhatian sewajarnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan Fiqh Ayat pelajar dapat ditambahbaik melalui faktor pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Hasil dapatan kajian turut mengesahkan bahawa Fiqh Ayat dapat memberi kesan terhadap penguasaan kefahaman ayat dan hafazan pelajar MITTIS. Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh institusi tahfiz bagi merealisasikan kemenjadian pelajar tahfiz KBT.