Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John

Pembangunan modal insan merupakan satu komponen penting yang tidak dapat disangkal lagi peranannya dalam memajukan ekonomi sesebuah negara. Menurut teori modal insan terkini, kemahiran kognitif merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam penilaian kualiti modal insan sesebuah negara. M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Afiza , Akashah John
Format: Thesis
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14097/2/Afiza.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14097/3/Afiza.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14097/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.14097
record_format eprints
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic L Education (General)
Q Science (General)
spellingShingle L Education (General)
Q Science (General)
Afiza , Akashah John
Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John
description Pembangunan modal insan merupakan satu komponen penting yang tidak dapat disangkal lagi peranannya dalam memajukan ekonomi sesebuah negara. Menurut teori modal insan terkini, kemahiran kognitif merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam penilaian kualiti modal insan sesebuah negara. Maka, kajian yang dijalankan ini merupakan satu langkah proaktif ke arah membentuk satu pengkalan data yang baharu bagi negara untuk memantau pencapaian serta perkembangan kognitif pelajar. Kajian ini dijalankan bagi mencapai matlamat utama iaitu untuk mengkaji dan menganalisa pencapaian kemahiran kognitif yang merangkumi tahap penguasaan bagi setiap domain kognitif serta pencapaian akademik pelajar, mengikut faktor jantina (lelaki dan perempuan), dan perbandingan antara dua negara (Malaysia dan Brunei Darussalam). Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara pencapaian kemahiran kognitif dan pencapaian akademik pelajar. Sampel kajian yang dipilih untuk kajian ini adalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 sehingga 12 tahun daripada kedua-dua negara. Dengan jumlah pelajar yang terlibat daripada Malaysia sebanyak 1006 orang dari 8 buah sekolah dan 517 orang dari 4 buah sekolah dari negara Brunei, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat adalah sebanyak 1523 orang pelajar daripada 13 buah sekolah. Penyelidik menggunakan kaedah ujian bagi meninjau pencapaian pelajar dalam tujuh domain utama kognitif iaitu Kemahiran Logik dan Penaakulan, Kemahiran Penyelesaian Masalah, Kemahiran Mengira (Matematik), Kemahiran Ingatan, Kemahiran Pemprosesan Visual, Kemahiran Perhatian (Penumpuan) dan Kemahiran Pemprosesan Perkataan/Ayat. Data yang diperoleh daripada kajian ini telah dianalisis dan ditafsir dengan menggunakan perisian Predictive Analytics SoftWare (PASW) 20.0. Merujuk kepada perbandingan antara negara, analisis data adalah signifikan (p < 0.05). Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian purata skor kemahiran kognitif pelajar dari negara Brunei mengatasi pelajar Malaysia. Manakala dari segi perbandingan antara jantina pula, analisis data adalah signifikan (p < 0.05). Pelajar perempuan dilihat mendominasi pelajar lelaki dalam pencapaian kemahiran kognitif dan pencapaian akademik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan interaksi yang signifikan (p < 0.05) bagi faktor jantina dan negara terhadap tahap penguasaan pelajar dalam enam domain kognitif yang dikaji kecuali domain kognitif Kemahiran Mengira. Seterusnya, berdasarkan analisis korelasi separa yang dijalankan, terdapat hubungan korelasi positif yang sederhana (r = 0.68 , p < 0.05) antara pencapaian kemahiran kognitif dan pencapaian akademik pelajar. Nilai r² sebanyak 0.46 menunjukkan bahawa 46% daripada pencapaian akademik pelajar adalah disebabkan oleh pencapaian kemahiran kognitif mereka, manakala, sebanyak 54% adalah disebabkan faktor-faktor lain. Berdasarkan graf plot selerak pula, didapati bahawa terdapat beberapa kes pencapaian akademik pelajar yang tidak selari dengan pencapaian kemahiran kognitif mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaedah penilaian pelajar melalui pencapaian akademik semata-mata tidak dapat memaparkan potensi sebenar pelajar terutama dari segi tahap penguasaan kemahiran kognitif mereka. Justeru, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti modal insan, setiap negara perlu memiliki kaedah penilaian pelajar yang tersendiri iaitu penilaian kemahiran kognitif bagi mengukur keberkesanan sistem pendidikan sedia ada selain dapat menilai perkembangan serta keupayaan pelajar dari segi kognitif mereka. Peningkatan kemahiran kognitif pelajar akan dapat menyumbang kepada penjanaan modal insan yang berkualiti yang dapat memacu kemajuan ekonomi sesebuah negara.
format Thesis
author Afiza , Akashah John
author_facet Afiza , Akashah John
author_sort Afiza , Akashah John
title Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John
title_short Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John
title_full Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John
title_fullStr Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John
title_full_unstemmed Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John
title_sort penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara malaysia dan brunei / afiza akashah john
publishDate 2021
url http://studentsrepo.um.edu.my/14097/2/Afiza.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14097/3/Afiza.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14097/
_version_ 1758578800789028864
spelling my.um.stud.140972023-02-14T18:53:17Z Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John Afiza , Akashah John L Education (General) Q Science (General) Pembangunan modal insan merupakan satu komponen penting yang tidak dapat disangkal lagi peranannya dalam memajukan ekonomi sesebuah negara. Menurut teori modal insan terkini, kemahiran kognitif merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam penilaian kualiti modal insan sesebuah negara. Maka, kajian yang dijalankan ini merupakan satu langkah proaktif ke arah membentuk satu pengkalan data yang baharu bagi negara untuk memantau pencapaian serta perkembangan kognitif pelajar. Kajian ini dijalankan bagi mencapai matlamat utama iaitu untuk mengkaji dan menganalisa pencapaian kemahiran kognitif yang merangkumi tahap penguasaan bagi setiap domain kognitif serta pencapaian akademik pelajar, mengikut faktor jantina (lelaki dan perempuan), dan perbandingan antara dua negara (Malaysia dan Brunei Darussalam). Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara pencapaian kemahiran kognitif dan pencapaian akademik pelajar. Sampel kajian yang dipilih untuk kajian ini adalah dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 sehingga 12 tahun daripada kedua-dua negara. Dengan jumlah pelajar yang terlibat daripada Malaysia sebanyak 1006 orang dari 8 buah sekolah dan 517 orang dari 4 buah sekolah dari negara Brunei, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat adalah sebanyak 1523 orang pelajar daripada 13 buah sekolah. Penyelidik menggunakan kaedah ujian bagi meninjau pencapaian pelajar dalam tujuh domain utama kognitif iaitu Kemahiran Logik dan Penaakulan, Kemahiran Penyelesaian Masalah, Kemahiran Mengira (Matematik), Kemahiran Ingatan, Kemahiran Pemprosesan Visual, Kemahiran Perhatian (Penumpuan) dan Kemahiran Pemprosesan Perkataan/Ayat. Data yang diperoleh daripada kajian ini telah dianalisis dan ditafsir dengan menggunakan perisian Predictive Analytics SoftWare (PASW) 20.0. Merujuk kepada perbandingan antara negara, analisis data adalah signifikan (p < 0.05). Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian purata skor kemahiran kognitif pelajar dari negara Brunei mengatasi pelajar Malaysia. Manakala dari segi perbandingan antara jantina pula, analisis data adalah signifikan (p < 0.05). Pelajar perempuan dilihat mendominasi pelajar lelaki dalam pencapaian kemahiran kognitif dan pencapaian akademik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan interaksi yang signifikan (p < 0.05) bagi faktor jantina dan negara terhadap tahap penguasaan pelajar dalam enam domain kognitif yang dikaji kecuali domain kognitif Kemahiran Mengira. Seterusnya, berdasarkan analisis korelasi separa yang dijalankan, terdapat hubungan korelasi positif yang sederhana (r = 0.68 , p < 0.05) antara pencapaian kemahiran kognitif dan pencapaian akademik pelajar. Nilai r² sebanyak 0.46 menunjukkan bahawa 46% daripada pencapaian akademik pelajar adalah disebabkan oleh pencapaian kemahiran kognitif mereka, manakala, sebanyak 54% adalah disebabkan faktor-faktor lain. Berdasarkan graf plot selerak pula, didapati bahawa terdapat beberapa kes pencapaian akademik pelajar yang tidak selari dengan pencapaian kemahiran kognitif mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaedah penilaian pelajar melalui pencapaian akademik semata-mata tidak dapat memaparkan potensi sebenar pelajar terutama dari segi tahap penguasaan kemahiran kognitif mereka. Justeru, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti modal insan, setiap negara perlu memiliki kaedah penilaian pelajar yang tersendiri iaitu penilaian kemahiran kognitif bagi mengukur keberkesanan sistem pendidikan sedia ada selain dapat menilai perkembangan serta keupayaan pelajar dari segi kognitif mereka. Peningkatan kemahiran kognitif pelajar akan dapat menyumbang kepada penjanaan modal insan yang berkualiti yang dapat memacu kemajuan ekonomi sesebuah negara. 2021-03 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14097/2/Afiza.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14097/3/Afiza.pdf Afiza , Akashah John (2021) Penilaian kemahiran kognitif bagi pembangunan modal insan: Kajian perbandingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah antara Malaysia dan Brunei / Afiza Akashah John. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/14097/
score 13.160551