Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan

Penggubalan Undang-Undang Kerajaaan Tempatan No. 22 Tahun 1999 di Indonesia, menandakan bermulanya pelaksanaan pentadbiran desentralisasi di Indonesia. Ini berubah setelah 32 tahun menggunakan sistem pentadbiran terpusat dan berkuasa mutlak. Menurut Bank Dunia, pelaksanaan undang-undang ini telah me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Februati Trimurni , Tambunan
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12831/2/Februati_Trimurni.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12831/1/Februati_Trimurni.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12831/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.12831
record_format eprints
spelling my.um.stud.128312022-02-14T23:46:09Z Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan Februati Trimurni , Tambunan H Social Sciences (General) Penggubalan Undang-Undang Kerajaaan Tempatan No. 22 Tahun 1999 di Indonesia, menandakan bermulanya pelaksanaan pentadbiran desentralisasi di Indonesia. Ini berubah setelah 32 tahun menggunakan sistem pentadbiran terpusat dan berkuasa mutlak. Menurut Bank Dunia, pelaksanaan undang-undang ini telah menjadikan Indonesia sebagai salah satu negara yang melaksanakan "big bang decentralization” (Gopal, 2008; Hoffman dan Kaiser, 2002). Undang-undang ini, akhirnya telah diubah sebanyak dua kali sehingga pengagihan kuasa ke peringkat tempatan tidak berlebihan berbanding dengan Undang-Undang No.22 Tahun 1999. Pelaksanaan desentralisasi adalah berbeza di setiap negara sama ada daripada segi bentuk negara, demografi, budaya, keadaan sosioekonomi mahupun politik. Negara membangun seperti Indonesia, pelaksanaan desentralisasi yang merupakan asas dalam melahirkan autonomi tempatan adalah masih tidak begitu mutlak disebabkan oleh adanya campur tangan daripada pentadbiran pusat di peringkat tempatan. Justeru itu teori desentralisasi Smith (1985), Rondinelli et al. (1984) serta Cheema dan Rondinelli (1983) lebih sesuai sebagai kerangka kerja teori. Perspektif mereka ini adalah cenderung kepada sains pentadbiran awam. Objektif penyelidikan ini ialah untuk menganalisis pelaksanaan desentralisasi; sama ada daripada aspek politik (devolusi) mahupun pentadbiran (dekonsentrasi). Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes dan pelbagai peringkat. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah seperti; temu bual mendalam, pemerhatian dan dokumentasi. Pemberi maklumat dalam penyelidikan ini terdiri daripada kakitangan Pentadbiran Negeri Sumatera Utara, jabatan kesihatan negeri dan daerah kabupaten atau bandar, Pusat Kesihatan Masyarakat, mukim, kelurahan atau kampung dan masyarakat. Penyelidikan ini juga mengagihkan soal selidik kepada sukarelawan Pusat Khidmat Bersepadu untuk memperoleh maklumat yang kemudiannya digunakan untuk melengkapkan analisis data penyelidikan ini. Dapatan pnyelidikan ini ialah; pelaksanaan desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara; belum lagi mencapai tahap yang sepenuhnya. Hubungan antara desentralisasi politik dan desentralisasi pentadbiran; dapat disimpulkan bahawa; keduaduanya saling melengkapi dan menyokong dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Manakala cabaran amalan desentralisasi di Sumatera Utara yang paling utama ialah; kekangan kewangan dan keupayaan sumber manusia di peringkat tempatan. Kesan atau tujuan pelaksanaan desentralisasi politik di Sumatera Utara yang paling berpengaruh ialah; wujudnya kreativiti dan inovasi daerah, akauntabiliti daerah, menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan kesihatan daerah dan maklum balas daerah. Manakala kesan negatif daripada desentralisasi politik adalah; terdapat campur tangan politik dalam pengambilan staf atau kakitangan daerah dan penempatan jawatan-jawatan di pentadbiran daerah dan penurunan keutamaan sector kesihatan sebagai urusan wajib daerah. Pelaksanaan desentralisasi pentadbiran; juga memberikan kesan kepada pentadbiran tempatan dan kepentingan nasional; iaitu, dalam meningkatkan pengetahuan dan kemampuan tempatan, kecekapan anggaran belanjawan, mengukuhkan persepaduan kebangsaan sebagai wujud kestabilan politik untuk mencegah terjadinya perpecahan negara dan ketidaksamaan sosioekonomi. 2019-04 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12831/2/Februati_Trimurni.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12831/1/Februati_Trimurni.pdf Februati Trimurni , Tambunan (2019) Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/12831/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic H Social Sciences (General)
spellingShingle H Social Sciences (General)
Februati Trimurni , Tambunan
Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan
description Penggubalan Undang-Undang Kerajaaan Tempatan No. 22 Tahun 1999 di Indonesia, menandakan bermulanya pelaksanaan pentadbiran desentralisasi di Indonesia. Ini berubah setelah 32 tahun menggunakan sistem pentadbiran terpusat dan berkuasa mutlak. Menurut Bank Dunia, pelaksanaan undang-undang ini telah menjadikan Indonesia sebagai salah satu negara yang melaksanakan "big bang decentralization” (Gopal, 2008; Hoffman dan Kaiser, 2002). Undang-undang ini, akhirnya telah diubah sebanyak dua kali sehingga pengagihan kuasa ke peringkat tempatan tidak berlebihan berbanding dengan Undang-Undang No.22 Tahun 1999. Pelaksanaan desentralisasi adalah berbeza di setiap negara sama ada daripada segi bentuk negara, demografi, budaya, keadaan sosioekonomi mahupun politik. Negara membangun seperti Indonesia, pelaksanaan desentralisasi yang merupakan asas dalam melahirkan autonomi tempatan adalah masih tidak begitu mutlak disebabkan oleh adanya campur tangan daripada pentadbiran pusat di peringkat tempatan. Justeru itu teori desentralisasi Smith (1985), Rondinelli et al. (1984) serta Cheema dan Rondinelli (1983) lebih sesuai sebagai kerangka kerja teori. Perspektif mereka ini adalah cenderung kepada sains pentadbiran awam. Objektif penyelidikan ini ialah untuk menganalisis pelaksanaan desentralisasi; sama ada daripada aspek politik (devolusi) mahupun pentadbiran (dekonsentrasi). Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes dan pelbagai peringkat. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah seperti; temu bual mendalam, pemerhatian dan dokumentasi. Pemberi maklumat dalam penyelidikan ini terdiri daripada kakitangan Pentadbiran Negeri Sumatera Utara, jabatan kesihatan negeri dan daerah kabupaten atau bandar, Pusat Kesihatan Masyarakat, mukim, kelurahan atau kampung dan masyarakat. Penyelidikan ini juga mengagihkan soal selidik kepada sukarelawan Pusat Khidmat Bersepadu untuk memperoleh maklumat yang kemudiannya digunakan untuk melengkapkan analisis data penyelidikan ini. Dapatan pnyelidikan ini ialah; pelaksanaan desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara; belum lagi mencapai tahap yang sepenuhnya. Hubungan antara desentralisasi politik dan desentralisasi pentadbiran; dapat disimpulkan bahawa; keduaduanya saling melengkapi dan menyokong dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Manakala cabaran amalan desentralisasi di Sumatera Utara yang paling utama ialah; kekangan kewangan dan keupayaan sumber manusia di peringkat tempatan. Kesan atau tujuan pelaksanaan desentralisasi politik di Sumatera Utara yang paling berpengaruh ialah; wujudnya kreativiti dan inovasi daerah, akauntabiliti daerah, menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan kesihatan daerah dan maklum balas daerah. Manakala kesan negatif daripada desentralisasi politik adalah; terdapat campur tangan politik dalam pengambilan staf atau kakitangan daerah dan penempatan jawatan-jawatan di pentadbiran daerah dan penurunan keutamaan sector kesihatan sebagai urusan wajib daerah. Pelaksanaan desentralisasi pentadbiran; juga memberikan kesan kepada pentadbiran tempatan dan kepentingan nasional; iaitu, dalam meningkatkan pengetahuan dan kemampuan tempatan, kecekapan anggaran belanjawan, mengukuhkan persepaduan kebangsaan sebagai wujud kestabilan politik untuk mencegah terjadinya perpecahan negara dan ketidaksamaan sosioekonomi.
format Thesis
author Februati Trimurni , Tambunan
author_facet Februati Trimurni , Tambunan
author_sort Februati Trimurni , Tambunan
title Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan
title_short Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan
title_full Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan
title_fullStr Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan
title_full_unstemmed Desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di Sumatera Utara, Indonesia / Februati Trimurni Tambunan
title_sort desentralisasi perkhidmatan kesihatan awam di sumatera utara, indonesia / februati trimurni tambunan
publishDate 2019
url http://studentsrepo.um.edu.my/12831/2/Februati_Trimurni.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12831/1/Februati_Trimurni.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12831/
_version_ 1738506652283305984
score 13.19449