Gaya kepimpinan dan cabaran pegawai polis wanita / Norizzati Mohd Jailan

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan (mixed methods) yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta mendapatkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan amalan gaya kepimpinan wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai pegawai polis. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norizzati , Mohd Jailan
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12814/4/Norizzati.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12814/1/Norizzati.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12814/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan (mixed methods) yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta mendapatkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan amalan gaya kepimpinan wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai pegawai polis. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh responden sepanjang penglibatannya dalam profesion maskulin ini. Seramai 345 pegawai polis wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam kajian soal selidik yang dijalankan termasuk temu bual bersama 10 responden diperingkat pegawai kanan dan pegawai rendah. Teori kajian ini memberi tumpuan kepada tiga gaya kepimpinan utama iaitu Kepimpinan Transformasi, Transaksi dan Laissez-faire. Instrumen Kepimpinan Multifaktor (MLQ) digunapakai sebagai instrumen soal selidik dan kaedah semi-struktur telah direka dan digunakan bagi sesi temu bual dalam memberikan perspektif responden berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri. Data kuantitatif yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22.0. Data analisis yang diproses melibatkan statistik deskriptif dan Ujian-t. Tema dan pengekodan perkataan pula dilakukan terhadap data kualitatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa gaya Kepimpinan Transformasi merupakan gaya kepimpinan dominan yang diamalkan oleh responden secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya Kepimpinan Transformasi dan Transaksi berdasarkan pangkat responden. Melalui dapatan temubual yang dijalankan, polis wanita diperingkat pegawai kanan lebih mengamalkan gaya Kepimpinan Transformasi yang bercirikan ‘role model’(karismatik) dan meransang Intelek. Bagi pegawai yang berperingkat rendah pula, responden lebih tertumpu kepada ciri dimensi Kepimpinan Transaksi iaitu pengurusan pengecualian aktif. Selain itu, melalui hasil temubual tiga faktor cabaran utama responden telah diketengahkan iaitu (1) faktor individual; keyakinan diri, tanggungjawab yang lebih berat, ketahanan mental dan fizikal, (2) faktor keluarga; keutamaan dwi tanggungjawab, masa bersama keluarga yang terhad, perkembangan kerjaya, sokongan pasangan serta keluarga, dan (3) faktor organisasi; sukar berdiplomasi bersama anggota lelaki, dan kenaikan pangkat keperingkat atasan. Pada akhir perbincangan kajian, penyelidik juga memberikan cadangan kajian lanjut berkaitan kepimpinan pegawai polis wanita secara keseluruhannya.