Analisis penggunaan laras bahasa teknologi dalam majalah Arab / Suhailina Asli

Kajian yang bertajuk “Analisis Penggunaan Laras Bahasa Teknologi Dalam Majalah Arab” ini akan meneliti penggunaaan laras bahasa teknologi dalam majalah Arab Aswaq Magazine. Laras sesuatu bahasa dapat ditentukan melalui pemilihan istilah khusus yang menyentuh bidang yang dibicarakan. Objektif dalam p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhailina , Asli
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12760/2/Suhailina.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12760/1/Suhailina_Asli.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12760/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang bertajuk “Analisis Penggunaan Laras Bahasa Teknologi Dalam Majalah Arab” ini akan meneliti penggunaaan laras bahasa teknologi dalam majalah Arab Aswaq Magazine. Laras sesuatu bahasa dapat ditentukan melalui pemilihan istilah khusus yang menyentuh bidang yang dibicarakan. Objektif dalam pelaksanaan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan istilah khusus laras bahasa teknologi termasuklah istilah pinjaman yang diserap masuk. Selain itu, pembentukan kata istilah laras bahasa teknologi melalui proses derivasi dalam majalah ini turut akan diberi penelitian. Data kajian adalah berdasarkan 30 artikel yang dipilih secara rawak daripada kolum teknologi Aswaq Magazine yang diterbitkan secara bulanan sepanjang tahun 2017. Kajian yang berbentuk kualitatif deskriptif ini akan menggunakan kerangka teori Leech & Short (1981) yang menggariskan 4 aspek untuk dilihat dalam laras bahasa iaitu leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa serta ketenunan dan konteks. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa wujud istilah-istilah khusus yang membentuk laras bahasa teknologi. Selain itu, istilah pinjaman daripada bahasa lain turut dapat dikenal pasti dalam penggunaan laras ini. Manakala, analisis berkaitan pembentukan kata istilah laras bahasa teknologi membuktikan variasi dan ciri unik bahasa Arab itu sendiri.