Analisis konflik di antara keputusan penghakiman anak tak sah taraf di mahkamah syariah Terengganu dengan fatwa di Malaysia / Muhammad Mustafa Kamarudin

Penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi merupakan suatu yang bertentangan dengan fatwa dan juga Undang-undang Keluarga Islam di kebanyakan negeri di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis konflik yang berlaku di antara keputusan fatwa dengan keputusan Mahkamah Syariah di Terengganu sert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Mustafa, Kamarudin
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12666/1/Muhammad_Mustafa.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12666/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi merupakan suatu yang bertentangan dengan fatwa dan juga Undang-undang Keluarga Islam di kebanyakan negeri di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis konflik yang berlaku di antara keputusan fatwa dengan keputusan Mahkamah Syariah di Terengganu serta implikasinya yang menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa biologi untuk urusan keduniaan. Hubungan antara institusi fatwa dan Mahkamah Syariah turut dibincangkan selain pandangan fuqaha terhadap status nasab anak tak sah taraf. Kaedah analisis kandungan dan metode komparatif digunakan terhadap ulasan penghakiman serta kertas-kertas kerja fatwa penasaban anak tak sah taraf bagi meneliti konflik yang berlaku. Hasil kajian mendapati keputusan mahkamah bertentangan dengan fatwa bahkan tidak sempurna dalam memberi penyelesaian terhadap maṣlaḥah anak yang menghadapi tekanan hidup kerana ternafinya nasab. Isu perwalian dan perwarisan yang tidak jelas dari sudut dokumentasi dan praktikal menyebabkan keputusan penghakiman perlu dirujuk semula agar memberi maṣlaḥah yang tepat terhadap isu penasaban anak tak sah taraf.