Model pembangunan diri Taqdir al-Dhat menurut al-Hadith / Nabilah Hasan
Taqdīr al-dhāt adalah salah satu konstruk yang dibincangkan dalam ‘ilm al-nafs, diterjemahkan daripada perkataan self-esteem. Taqdīr al-dhāt terbentuk daripada fikiran, tanggapan, dan perasaan seseorang terhadap dirinya sendiri. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti intipati al-dhāt yang penting...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12665/1/Nabilah.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12665/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Taqdīr al-dhāt adalah salah satu konstruk yang dibincangkan dalam ‘ilm al-nafs, diterjemahkan daripada perkataan self-esteem. Taqdīr al-dhāt terbentuk daripada fikiran, tanggapan, dan perasaan seseorang terhadap dirinya sendiri. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti intipati al-dhāt yang penting untuk dinilai dari masa ke masa, seterusnya mendapatkan paradigma taqdīr al-dhāt yang jelas menurut al-Hadith. Ini bagi memastikan agar konsep taqdīr al-dhāt difahami dengan cara paling optimum menurut perspektif ilmu wahyu seterusnya dijadikan sebagai asas dalam membina model pembangunan insan. Kajian dilakukan melalui metode al-Hadith al-Mawdu’i, bermula dengan mentakrifkan semula self-esteem sebagai taqdir al-dhat menurut perspektif bahasa sebelum membincangkannya dalam konteks ilmu wahyu. Sebanyak 7 kod dibina bagi mendapatkan hadith-hadith tematik taqdir al-dhat daripada kitab Sahih al-Bukhari. Tujuh kod tersebut adalah kalimah al-nafs, kalimah al-qalb, a’māl al-nafs, amrād al-nafs, keadaan dan kalimah yang menunjukkan nilai diri insan, tatacara motivasi Rasulullah s.a.w. dan tatacara Rasulullah s.a.w. semasa melaksanakan al-amr bi al-ma’rūf dan al-nahy ‘an al-munkar. Analisis telah menemukan 797 hadith tematik taqdir al-dhat, seterusnya membentuk paradigma taqdir al-dhat yang jelas, terdiri daripada 5 Dimensi. Dimensi pertama ialah Intipati al-Dhat, menyokong maksud al-nafs sebagai al-dhāt iaitu entiti yang membentuk pemikiran, perasaan, keputusan, sikap dan tingkahlaku seseorang. Dimensi kedua ialah Aktiviti Dan Sifat al-Dhat, menjelaskan kemandirian al-dhat sebagai al-nafs, keperluan dan sifatnya. Dimensi ketiga ialah Penyakit al-Dhat, menjelaskan sudut kelemahan al-dhat ketika berjarak jauh dengan al-dhat ideal. Dimensi keempat ialah Ciri Taqdir al-Dhat Tinggi Dan Rendah, menjelaskan proses taqdir al-dhat dan perbezaan di antara taqdir al-dhat tinggi dengan taqdir al-dhat rendah. Dimensi kelima ialah Sumber Peningkatan al-Dhat, menjelaskan 5 sumber utama taqdir al-dhat. Selain membina paradigma taqdir al-dhat, hadith-hadith tematik juga membekalkan ciri al-dhat ideal sebagai panduan dalam proses taqdir al-dhat. Paradigma taqdīr al-dhāt menurut al-Hadith (TAQDHAH) dijadikan asas dalam pembinaan model pembangunan taqdīr al-dhāt, terdiri daripada tujuh elemen. Elemen pertama ialah membina iman yang sahih, elemen kedua meningkatkan tafaqquh fi al-din, elemen ketiga meletakkan para sahabat sebagai model al-dhat ideal, elemen keempat meningkatkan penghayatan ibadah yang sahih, elemen kelima memahami unsur al-nafs dan sifatnya sebagai unsur terpenting dalam diri insan, elemen keenam meningkatkan self-concept dan self-awareness dan elemen ketujuh ialah menjadikan pahala dan ganjaran sebagai pendorong kepada al-dhat bagi mencapai al-dhat ideal.
|
---|