Pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam isu-isu makanan halal di Malaysia: Analisis dari perspektif Maqasid al-Shariah / Tuan Sidek Tuan Muda

Mazhab al-Shafi‘i adalah mazhab utama yang menjadi asas kepada pelbagai penetapan hukum syarak dalam urusan pentadbiran dan pengurusan agama di Malaysia. Perkembangan sains dan teknologi serta pengaruh globalisasi telah memberikan kesan kepada pemakaian mazhab ini dalam penetapan makanan halal dan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Sidek , Tuan Muda
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12589/1/Tuan_Sidek.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12589/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mazhab al-Shafi‘i adalah mazhab utama yang menjadi asas kepada pelbagai penetapan hukum syarak dalam urusan pentadbiran dan pengurusan agama di Malaysia. Perkembangan sains dan teknologi serta pengaruh globalisasi telah memberikan kesan kepada pemakaian mazhab ini dalam penetapan makanan halal dan pengurusan pensjilannya. Pemakaiannya pada sesetengah hukum dianggap ketat serta tidak seiring dengan keperluan perubahan zaman. Sehubungan dengan itu, terdapat cadangan supaya digunakan pendapat fiqh mazhab lain yang dilihat lebih menepati perkembangan semasa dan maqasid al-shari‘ah. Walau bagaimanapun, Imam al-Shafi‘i dan para pendokongnya adalah pelopor kepada ilmu maqasid al-shari‘ah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk menganalisis pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam isu-isu makanan halal di Malaysia menurut perspektif maqasid al-shari‘ah bagi menilai sejauh mana kesesuaian pemakaian fiqh al-Shafi‘i dalam penetapan makanan halal seiring dengan perkembangan semasa. Fokus kajian ini ialah isu-isu fiqh yang masih menimbulkan percanggahan pandangan dalam kalangan fuqaha dan memberi kesan kepada perbezaan pandangan hukum, fatwa dan prosedur pensijilan halal. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data menggunakan kaedah perpustakaan melalui analisis dokumen dan temu bual. Analisis data pula menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode fiqh al-Shafi‘i sesuai dan mampu diguna pakai dalam penetapan pelbagai hukum seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Pemakaiannya dalam industri halal semasa dan setempat dengan kaedah yang betul dan terarah menjadikan penetapan hukum makanan halal tidak rigid bahkan mampu mencapai maqasid al-shari‘ah terutamanya dalam pemeliharaan terhadap al-daruriyyat al-khams melalui pendekatan kesederhanaan antara ifrat dan tafrit. Melalui analisis terhadap prosedur, standard dan pandangan hukum makanan halal di Malaysia, didapati wujud unsur-unsur ihtiyat, taysir dan meraikan khilaf. Hasil kajian juga menunjukkan fiqh al-Shafi‘i mampu dijadikan asas kepada standard pensijilan halal global dan seterusnya dapat mengangkat tingkat pelaksanaan pensijilan halal ke tahap yang lebih diyakini.