Sosialisasi politik dikalangan kelas bawahan Melayu / Norihan Ahmad

Kajian-kajian tentang politik amnya telah bermula sejak tahun-tahun 1920an lagi dimana penuntut-penuntut ilmu politik mula mengkaji perlakuan mengundi, identifikasi aprti, ideoloji dan sikap serta pendapat-pendapat politik. Antara tahun-tahun 1930-1940, minat terhadap bidang ini bertambah-tambah la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norihan, Ahmad
Format: Thesis
Published: 1975
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12402/1/Norihan_Ahmad.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12402/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian-kajian tentang politik amnya telah bermula sejak tahun-tahun 1920an lagi dimana penuntut-penuntut ilmu politik mula mengkaji perlakuan mengundi, identifikasi aprti, ideoloji dan sikap serta pendapat-pendapat politik. Antara tahun-tahun 1930-1940, minat terhadap bidang ini bertambah-tambah lagi dengan kelahiran teknik-teknik 'servey', 'sampling', temuduga, 'questionnaire design' dan pengukuran-pengukuran pendapat dan 'personality' (keperibadian). Menjelang akhir 1950an pula ahli-ahli sains sosial di eropah dan amerika telah mengumpul dengan banyaknya data-data mengenai bagaimana perlakuan mengundi dan sikap politik berkaitan dengan keadaan-keadaan ekonomi, sosial dan saikoloji. Ahli-ahli ilmu politik mula berminat mencari bagaimana seseorang itu boleh mendukung parti dan bagaimana ia mempunyai nilai-nilai politik tertentu. Peranan-peranan keluarga, sekolah dan kumpulan-kumpulan sosial dalam membentuk orientasi politik ini menjadi penting sebagai bahan-bahan penyelidikan mereka. Pada tahun-tahun 1950an juga istilah 'socialisasi politik' diperkenalkan sebagai menunjukkan kepada proses pembelajaran politik. Tiori sosialisasi politik menganggap bahawa rakyat dari berbagai-bagai negara dapat merasa dan mempercayai tentang ketua-ketua politik atau struktur politik dengan cara yang berbeza-beza. Misalnya, kebanyakan orang jerman tahu dengan banyaknya hal-hal kerajaan dan polisiny. Manakala kebanyakan petani-petani brazil mempunyai sangat sedikit pengetahuan tentang hal-hal yang berlaku dalam brazil.