Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), satu analisa ringkas tentang organisasi dan ideologi pergerakkanya / Gani Abdullah Che Amat

Kajian ilmiah ini adalah bertajuk "Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM): Satu Analisa Hingkas Tentang Organisasi dan Ideologi Pergerakannya". Melihat kepada tajuk kajian ini, maka tentunya tulisan ini tidak akan berupa satu penceritaan yang mendatar tentang apa yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Gani Abdullah , Che Amat
Format: Thesis
Published: 1980
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12328/1/gani_abdullah_che_amat.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12328/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ilmiah ini adalah bertajuk "Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM): Satu Analisa Hingkas Tentang Organisasi dan Ideologi Pergerakannya". Melihat kepada tajuk kajian ini, maka tentunya tulisan ini tidak akan berupa satu penceritaan yang mendatar tentang apa yang telah dijalankan oleh PKPIM. Tetapi lebih daripada penceritaan itu adalah penyusupan di sana sini dengan pandangan penulis, dalam bentuk analisa terhadap bidang-bidang yang sempat disentuh, yang mana ukurannya jelas berorintasikan keislaman. Dalam Bab Pertama, tumpuan adalah diberikan kepada sejarah penubuhan PKPIM dan tahap-tahap yang telah dilalui oleh PKPIM sejak dari penubuhannya hinggalah sekarang ini. Dalam Bab Kedua, analisa tentang bentuk organisasi FKPIM secara umum dan perubahan perlembagaan organisasi pertubuhan ini , sebagai penyesuaian kepada perubahan masa dan medan kefahaman yang telah berlaku di kalangan para pimpinan PKPIM. Dalam bab ini disentuh juga bagaimana Islam itu merupakan satu faktor kekuatan organisasi PKPIM dan hal ini diperkukuhlan lagi dengan adanya latihan kepi mpinan yang dianjurkan dengan tujuan mengwujudkan kesedaran berorganisasi dan mengujudkan kesatuan pemikiran di kalangan ahli gerakan. Dalam Bab Ketiga, penceritaan adalah ditumpukan kepada ideologi pergerakan PKPIM. Dalam bab ini ditunjukkan bagaimana program. PKPIM itu sebenarnya adalah merupukan landasan atau saluran bagi PKPIM menyampaikan perutusannya (iaitu Isam) kepada pelajar-pelajar dan masyarakat bukan pelajar, yang dil akukan samada secara langsung atau tidak secara langsung. Ini adalah sesuai dengan sifat PKPIM itu sendiri yang tidak hanya berupa satu persatuan berbentuk kebajikan atau "pressure group" semat a-mata tetapi adalah merupakan satu “movement” yang mempunyai perencanaan yang teliti tentang matlamat yang ingin dicapainya. Sebagai penutup kepada tulisan ini, disentuh sedikit tentang bagaimana Akta telah melemahkan pergerakan PKPIM baik secara langsung atau tidak langsung. Dan di dalam suasana tekanan Akta begini PKPIM telah cuba mencari jalan penyelesaiannya sehingga ia telah berjaya di dalam beberapa bidang yang tertentu. Di samping itu kemerosotan PKPIM itu adalah juga disebabkan oleh kerenah organisasi dan pimpinan PKPIM itu sendiri yang mana dapat dibuktikan dengan satu contoh yang dicatitkan di dalam bab penutup ini.