Masalah asimilasi Cina-Muslim ke dalam masyarakat dan budaya Melayu: Satu kajian kes di Sungai Way New Village, Selangor / Hassan Talib
Kajian ini adalah satu kajian terhadap masalah “asimilasi” yang dihadapi oleh golongan Cina-Muslim ke dalam masyarakat dan budaya Melayu pada hari ini. Untuk tujuan ini, penulis telah memilih kawasan Sungai Way New Village, Selangor sebagai tempat kajian. Bab I memperlihatkan latarbelakang tempat ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1977
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12284/1/hassan_talib.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12284/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah satu kajian terhadap masalah “asimilasi” yang dihadapi oleh golongan Cina-Muslim ke dalam masyarakat dan budaya Melayu pada hari ini. Untuk tujuan ini, penulis telah memilih kawasan Sungai Way New Village, Selangor sebagai tempat kajian. Bab I memperlihatkan latarbelakang tempat kajian dari segi bentuk fisikal, penyebaran penduduk, pekerjaan, pendapatan, pelajaran, umur, taraf perkahwinan, pelajaran dan pentadbiran. Bab II menghuraikan beberapa teori dan konaep yang menjadi pokok perbincangan kajian ini. Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagiam. Bahagian 'pertama merupakan penghuraian konsep assimilasi dari segi pengertiannya, ciri- ciri, jenis, jenis, faktor penghalang dan faktor pendorong proses assimilasi. Bahagian dua menjelaskan konsep Cina-Muslim dari segi pengertian, asal usul, dan sebab-sebab mereka memeluk ugama Islam. Bahagian ketiga mernbincangkan peranan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dari segi aktiviti pengislarnan atau aktiviti dakwah. Bab III membincang beberapa aspek assimilasi kebudayaan yang terdapat di tempat kajian. Aspek assimilasi kebudayaan dilihat dari segi pakaian, makanan, bahasa, kahwin campur, kematian, kenduri-kendara dan ugama. Bab IV membincang faktor-faktor yang menjadi halangan kepada proses asimilasi di tempat kajian. Masalah asimilasi ditinjau dari segi sikap mengasingkan diri oleh golongan pendatang dari masyarakat tempatan; sikap masyarakat tempatan terhadap golongan pendatang; perbezaan etnik dan warna kulit; identiti Melayu dengan ugama Islam; dan soal hak istimewa orang-orang Melayu. Bab V merupakan kesimpulan kepada perbincangan-perbincangan yang terdapat dalam bab-bab sebelumnya. Beberapa cadangan akan dikemukakan untuk merapatkan jurang tali persaudaraan antara orang Cina-Muslim dengan orang Melayu.
|
---|