Struktur sosial dan ekonomi tukang-tukang bot tradisi Melayu: Kes studi tukang-tukang bot Melayu di Pulau Duyong, Kuala Terengganu / Mamat Hamed
Kesedaran untuk mengetahui dan menganalisa setiap aktiviti dan geraklaku ekonomi masyarakat melayu khasnya telah sememangnya ujud di sanubari bukan saja masyarakat itu sendiri tetapi juga oleh bangsa-bangsa asing.Ini dapat di perhatikan dengan kajian-kajian yang telah di buat oleh Swift, First, dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1974
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12262/1/Mamat_Hamed.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12262/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesedaran untuk mengetahui dan menganalisa setiap aktiviti dan geraklaku ekonomi masyarakat melayu khasnya telah sememangnya ujud di sanubari bukan saja masyarakat itu sendiri tetapi juga oleh bangsa-bangsa asing.Ini dapat di perhatikan dengan kajian-kajian yang telah di buat oleh Swift, First, dan lainnya. Latihan ilmiah ini merupakan satu lagi kesedaran yang sama untuk mengetahui sedikit sebanyak latar belakang serta struktur dan organisasi sosial dan ekonomi tukang-tukang bot melayu tradisi di pulau dayong, Trengganu. Disamping ia nya merupakan sebagai satu latihan ilmiah, kajian ini sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran am tentang kehidupan mereka sebelumnya, kini, dan dimasa yang akan datang. Tujuan-tujuan kajian, skop, dan bagaimanakah kajian ini di jalankan di terangkan dalam bab 2 yang merupakan sebagai bahagian pengenalan. Untuk mengetahui pertukangan ini secara jelas, sejarah awal pembinaan dan pertukangan ini adalah perlu di ketahui, begitu jugalah dengan struktur dan organisasi nya. Latar belakang
tukang-tukang sendiri juga menjadi bahan diskusi yang menarik. Segala-gala ini di bincangkan dalam bab 2 kajian ini. Dalam bab 3 pula, di bincangkan pula konsep-konsep pengeluaran dan pemasaran bot. Ini termasuklah faktor-faktor pengeluaran secara mendalam, mobiliti dan peranan tukang-tukang dalam menyiapkan sesebuah bot. Upah pembantu-pembantu tukang (awak-awak) juga di bincangkan dalam bab ini. Begitu juga dengan cara-cara tempahan yang di jalankan oleh penempah-penempah. |
---|