Sistem permainan interaktif 'Hang-man' dalam persekitaran 3 dimensi / Foo Chui Yin

Sistem permainan 'Hang-Man' yang dibangunkan merupakan satu pakej multimedia tiga dimensi. Ia menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti grafik, audio, video, teks, dan animasi ke dalam sistem supaya menghasilkan satu antaramuka yang menarik dan interaktif. Permainan ini dibangunkan un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Foo, Chui Yin
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12237/1/Foo_Chui_Yin.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12237/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem permainan 'Hang-Man' yang dibangunkan merupakan satu pakej multimedia tiga dimensi. Ia menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti grafik, audio, video, teks, dan animasi ke dalam sistem supaya menghasilkan satu antaramuka yang menarik dan interaktif. Permainan ini dibangunkan untuk semua peringkat umur. Ia menyediakan tiga tahap iaitu Tahap Mudah (7-9 tahun), Tahap Normal (10-12 tahun), dan Tahap Susah(13 tahun dan ke atas). Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris digunakan sebagai bahasa pengantaran. Sistem ini membekalkan pilihan kategori seperti kategori haiwan, sayur-sayuran, buah-buahan, bunga dan sebagainya kepada pemain. Ia juga membekalkan pilihan kepada pemain untuk bermain secara individu ataupun secara pertandingan. Untuk membangunkan sistem permainan ini, banyak kajian literasi telah dijalankan. Maklumat-maklumat yang berkaitan diperolehi melalui pembacaan, pelayaran Internet, kajian terhadap CD-ROM, dan perbincangan dengan pensyarah. Model Air Terjun dengan Prototaip telah digunakan sebagai metodologi untuk membangunkan sistem permainan 'Hang-Man' ini. Macromedia Director 8.0 telah digunakan sebagai penstan utama untuk membangunkan sistem ini. Perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 5.0, Swish 2.0, Adobe Photoshop 6, dan 3D Studio Max juga digunakan dalam pembangunan sistem ini. Sistem ini dibangunkan berdasarkan empat modul utama iaitu Modul Bantuan, Modul Permainan, Modul Antaramuka, dan Modul Enjin. Keempat-empat modul ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Rekabentuk antaramuka sistem permainan ini dijalankan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk mengimplementasikan dan membangunkan sistem, 'Skrip Lingo' digunakan untuk menukarkan modul-modul yang telah direkabentuk ke dalam arahan-arahan yang boleh dilaksanakan. Pengujian seperti pengujian unit, pengujian integrasi, dan pengujian sistem dijalankan untuk mengesahkan sama ada sistem berfungsi mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan.