Peranan wanita luar bandar dalam sosio-ekonomi / Norehan Md. Nor

Latihan ilmiah ini memberi penekanan kepada kedudukan dan peranan kaum wanita Melayu luar bandar hari ini. Pengkaji memberi panduan kepada golongan wanita yang berumahtangga atau lebih khusus lagi perananmereka dilihat dari kedudukan mereka dalam keluarga extended. Ini kerena sebilangan besar wanita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norehan , Md. Nor
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12141/1/norehan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12141/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini memberi penekanan kepada kedudukan dan peranan kaum wanita Melayu luar bandar hari ini. Pengkaji memberi panduan kepada golongan wanita yang berumahtangga atau lebih khusus lagi perananmereka dilihat dari kedudukan mereka dalam keluarga extended. Ini kerena sebilangan besar wanita berumahtangga di tempat kajian ini termasuk dalam golongan tersebut. Dalam bab I, pengkaji mengemukakan pendahuluan serba ringkas mengenai kajian ini. Ini termasuklah tujuan dan bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan serta beberapa kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan ini. Bab ini seterusnya memberi serba sedikit latar belakang kawasan kajian serta konsep dan teori yang digunakan untuk dihubungkaitkan dengan masalah kajian. Bab II melihat peranan dan kedudukan wanita sebagai isteri dan ibu dalam keluarga dan rumahtangga. Bagaimana hubungan mereka dengan lain-lain anggota keluarga serta pandangan dari sikap masyarakat terhadap peranan mereka sebagai suri rumahtangga. Seterusnya dalam bab III, penekanan dikhususkan pada penglibatan kaum wanita dalam sektor ekonomi. Antara aspek yang diutamakan ialah peranan mereka sebagai pembekal tenaga buruh keluarga yang utama atau dengan kata lain sebagai pekerja keluarga yang tidak bergaji. Di samping itu, mereka juga berperanan sebagai pekerja bergaji dan buruh upahan. Lain-lain aktiviti ekonomi yang melibatkan wanita ialah kemudahan sistem kredit tidak formal yang penting dalam proses jual beli di kalangan mereka yang rata-rata berpendapatan rendah. Bab IV pula meninjau kedudukan dan peranan wanita dalam masyarakat yang dianggotainya. Aktiviti-aktiviti yang terlibat termasuklah kegiatan berpersatuan seperti kelas KEMAS dan PWPK, parti politik (UMNO), PIBG, dan lain-lain organisasi formal. Selain dari itu, organisasi tidak formal juga adalah penting seperti kenduri-kendara, gotong-royong dan sebagainya. Yang penting di sini ialah bagaimana mereka membahagikan masa dan mengatur aktivti harian sebagai seorang suri rumahtangga dalam masa yang sama bergiat dalam aktiviti-aktviti komuniti. Seterusnya melalui pergaulan yang lebih luas dalam komuniti, sedikit sebanyak menimbulkan konflik di antara mereka. Sebagai rumusan, bab V menekankan faktor-faktor pendorong dan penghalang aktiviti seseorang wanita seperti taraf ekonomi suami dan keluarga, umur, pelajaran dan sebagainya berasakan masyarakat yang dikaji. Kemudian dibuat kesimpulan berdasarkan kajian dan penyelidikan yang lepas sama ada oleh pengkaji tempatan mahu pun pengkaji barat yang berhubung dengan aspek penyelidikan ini.