Health information management system (HIMS) / Hasnidar Muhamad Sarkan

Projek Ilmiah Tahap Akhir merupakan salah satu subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di mana subjek ini mesti dilengkapkan bagi setiap pelajar fakulti ini bagi memperoleh Sarjana Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Projek Ilmiah Tahap Akhir II...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasnidar, Muhamad Sarkan
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12091/1/Hasnidar_Muhamad_Sarkan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12091/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Ilmiah Tahap Akhir merupakan salah satu subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di mana subjek ini mesti dilengkapkan bagi setiap pelajar fakulti ini bagi memperoleh Sarjana Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Projek Ilmiah Tahap Akhir II (WXES 3182) ini merupakan laporan sepenuhnya bagi proses pembangunan dan implementasi bagi sistem yang telah siap dibangunkan seperti yang telah dicadangkan di dalam Projek Ilmiah Tahap Akhir I (WXES 3181). Health Information Management System (HIMS) merupakan satu pembangunan sistem berasaskan web yang dapat mengintegrasikan kesemua maklumat dan servis kesihatan melalui satu web sahaja. Ia terbahagi kepada empat modul utama iaitu MyHealthRecord, Pharmacy, Discussion Board dan Services di mana kesemua modul ini mengandungi sub-sub modul yang tersendiri. Setiap modul yang dibangunkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di seluruh dunia. HIMS ini juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah sistem yang interaktif dan dapat menarik rninat pengguna yang menggunakannya. Ia akan dibangunkan dengan menggunakan perisian-perisian yang bersesuaian iaitu Microsoft Front Page 2000, Microsoft Access 2000 serta pelayan web peribadi iaitu Personal Web Server (PWS) dan menggunakan Active Server Pages (ASP). HIMS ini diharap dapat menjadi platform yang boleh memberi maklumat kesihatan yang lengkap kepada pengguna sekaligus dapat membantu mempertingkatkan taraf kesihatan seluruh pengguna di dunia.