Amalan isteri memberi nafkah kepada suami: Kajian di Desa Sari Galuh, Kecamatan Tapung, Kabupaten Kampar, Wilayah Riau, Indonesia / Muhammad Amirul Hasbi
Nafkah merupakan tangggungjawab suami terhadap isteri, kerana adanya ikatan perkahwinan yang sah. Isteri wajib taat kepada suami, mengatur rumah tangga, memelihara dan mendidik anak-anaknya. Begitu pula, suami berkewajipan memenuhi keperluan, dan memberi belanja kepada isteri sesuai dengan kemampuan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12062/1/Muhammad_Amirul.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12062/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Nafkah merupakan tangggungjawab suami terhadap isteri, kerana adanya ikatan perkahwinan yang sah. Isteri wajib taat kepada suami, mengatur rumah tangga, memelihara dan mendidik anak-anaknya. Begitu pula, suami berkewajipan memenuhi keperluan, dan memberi belanja kepada isteri sesuai dengan kemampuannya. Walaupun begitu, di Desa Sari Galuh isteri yang memberikan nafkah kepada suami dan amalan ini sudah diamalkan bertahun-tahun sehingga saat ini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan isteri memberikan nafkah kepada suami perspektif undang-undang perkahwinan di Indonesia. Fokus utama kajian ini ialah faktor-faktor yang menyebabkan isteri memberikan nafkah kepada suami dan kesan buruk bagi masyarakat yang ada di Desa Sari Galuh. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual mendalam dengan para responden yang terdiri dari ketua adat, ketua kampung dan isteri-isteri yang memberikan nafkah kepada suami. Analisis dilakukan secara deskriptif berdasarkan data yang dikumpul dan diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa isteri terpaksa memberikan nafkah kepada suami kerana sebahagian mereka masih mempercayai adat yang dibawa oleh nenek moyang mereka yang mewajibkan isteri memberikan nafkah kepada suami. Akibatnya suami menjadi malas dan tidak mahu bekerja mencari nafkah dan memberikan impak buruk kepada masyarakat lainnya. Selain itu, kurangnya kefahaman masyarakat Desa Sari Galuh tentang hukum Islam terutama tentang tanggungjawab suami isteri sehingga mereka lebih mempercayai yang dibawa oleh nenek moyang mereka. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang tanggungjawab suami isteri perlu diperjelaskan kepada masyarakat Desa Sari Galuh agar mereka mengamalkan sesuai dengan al-qur’an dan sunnah.
|
---|