Integrasi dan Asimilasi dikalangan masyarakat india muslim di Kampung Sungai Pinang, Pulau Pinang / Azizah Ismail

Assimilasi integrasi dalam bidang sosial "India Muslim" didapati keseluruhannya diterima secara baik dan sempurna. Ini bersesuaian dengan tiori integrasi oleh Schermerhorn, yang menegaskan bahawa berpunca dari penyertaan dan kerjasama diantara golongan minoriti untuk mencapai matlamat dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizah, Ismail
Format: Thesis
Published: 1976
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11829/1/Azizah_Ismail.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11829/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Assimilasi integrasi dalam bidang sosial "India Muslim" didapati keseluruhannya diterima secara baik dan sempurna. Ini bersesuaian dengan tiori integrasi oleh Schermerhorn, yang menegaskan bahawa berpunca dari penyertaan dan kerjasama diantara golongan minoriti untuk mencapai matlamat dalam aktiviti golongan majoriti, akan menggalakkan lagi integrasi itu dijalankan. Dikalangan "India Muslim", mereka sentiasa hidup dalam interaksi yang baik dimana mereka saling kunjung-mengunjungi diantara satu sama lain. Ini tidak dikira dari bangsa apa pun seseorang itu selagi ia tinggal dalam kawasan yang sama. Di sini, timbul "faham kekitaan" dikalangan "India Muslim" itu. Kalau dilihat dari konsep Mechanical Solidarity oleh Emile Durkheim (1858 - 1917); bahawa perpaduan dan integrasi itu boleh berlaku kerana adanya persamaan (solidarity of resemblance); iaitu keadaan dimana anggota masyarakat itu tidak banyak berbeza antara satu dengan lain. Konsep ini kalau dirujuk kepada masyarakat "India Muslim" di tempat kajian adalah benar, kerana ujudnya face-to-face relationship di kampung itu, Hubungan yang mesra sering berlaku di tempat-tempat awam seperti pasar, tempat hiburan, pusat membeli belah, dan juga di tempat amal ibadah seperti surau dan masjid, Disamping itu, mereka sering menziarahi diantara satu sama lain terutama sekali jika terdapat perayaan atau jamuan seperti kenduri perkhawinan, hari lahir, dan lain-lain.