Pola-pola banduan-banduan lelaki Melayu Kuala Lumpur di Penjara Pudu / Che Shamsudin Othman

Untuk tujuan kajian ini, perkataan atau istilah jenayah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan manusia yang melanggar norma-norma masyarakat yang dilembagakan didalam undang-undang negara (khususnya undang-undang jenayah). Disini negara itu ialah Malaysia. Iaitu perlakuan-perlakuan yang mengikut und...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Shamsudin, Othman
Format: Thesis
Published: 1974
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11761/1/Che_Shamsudin_Othman.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11761/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Untuk tujuan kajian ini, perkataan atau istilah jenayah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan manusia yang melanggar norma-norma masyarakat yang dilembagakan didalam undang-undang negara (khususnya undang-undang jenayah). Disini negara itu ialah Malaysia. Iaitu perlakuan-perlakuan yang mengikut undang-undang, sesiapa yang melakukannya boleh di tangkap, didakwa dimahkamah, dan dikenakan hukuman yang setimpal dengannya. Bila kajian ini dilakukan keatas banduan-banduan, bererti banduan-banduan itu pernah melakukan jenayab, pernah di tangkap, didakwa dimahkamah, dan dikenakan hukuman penjara. Tetapi jenis-jenis jenayah serta kadar sesuatu jenis jenayah itu dilakukan tidaklah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan dimana sipelakunya ditangkap oleh pehak polis dan seterusnya dipenjarakan sahaja, ia termasuk juga jenayah-jenayah yang dilakukan oleh banduan-banduan tetapi tidak di tangkap oleh pehak polis kerana sebab-sebab tertentu. Keterangan ini didapati dari pengakuan banduan-banduan sendiri. Disini pengkaji menyedari dan mengakui bahawa keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan itu tidak semestinya benar dalam ertikata yang tepat, tetapi didalam pengetian yang luas ia boleh menerangkan tentang fenomena yang benal-benar barlaku. Maksudnya, keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan itu tidak sampai menyimpang daripada fenomena yang bena-benar berlaku. Angka-angka tentang kekerapan melakukan sesuatu jenis jenayah dan tentang bilangan jenis jenayah yang dilakukan mengikut keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan tentulah tidak tepat - kerana untuk itu disamping masaalah-masaalah lain ia memerlukan dayaingat yang sempurna dan ini adalah sesuatu yang mustahil - tetapi keterangan-keterangan yang diberikan oleh mereka itu dapat dianggap sebagai reprisentatif; dengan andaian mereka tentunya ingat dan menerangkan sesuatu yang panting dan reprisentatif didalam masaalah yang berkenaan.