Virtual directory Mid Valley Megamall / Muzanira Abd Razak
'Virtual Directory Mid Valley Megamall ' merupakan sebuah sistem directory dalam bentuk penyampaian maklumat secara maya. Sistem ini akan dibangunkan atas tujuan untuk membantu para pengguna iaitu pengunjung, pelanggan dan pelancong yang menghadapi masalah dalam menentukan laluan ke destin...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11741/1/muzanira_abd_razak_0304.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11741/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | 'Virtual Directory Mid Valley Megamall ' merupakan sebuah sistem directory dalam bentuk penyampaian maklumat secara maya. Sistem ini akan dibangunkan atas tujuan untuk membantu para pengguna iaitu pengunjung, pelanggan dan pelancong yang menghadapi masalah dalam menentukan laluan ke destinasi mereka semasa berkunjung ke pusat membeli-belah Mid Valley Megamall. Di samping itu sistem ini juga akan menwujudkan suatu suasana maya supaya membolehkan pengguna menghayati keadaan sebenar sesebuah kedai itu sebelum mereka menjejakkan kaki ke sana. Justeru itu, directory ini akan dibangunkan untuk menggantikan directory yang ada pada sebelum ini. Namun begitu, terdapat 2 modul yang telah dikenal pasti iaitu modul 1: Explore In 3D World dan modul: Guide To Destination. Di antara perisian yang akan digunakan adalah 3D Studio Max, Virtual Reality Modelling Language, Macromedia Director 8.5 dan Macromedia Flash 6. Dengan mempelajari perisian-perisian ini, Saya berharap dapat memenuhi keperluan pekerjaan kelak serta meningkatkan kualiti kemahiran saya dalam menguruskan sesuatu projek yang hendak dibangunkan. Sebagai permulaan, prototaip system directory ini akan dibangunkan terlebih dahulu. Terdapat 4 bahagian utama yang akan dibincangkan dalam laporan ini iaitu pengenalan system, tinjauan literasi, metodologi, analisa system dan akhir sekali rekabentuk system. Kesimpulannya, penghasilan directory ini akan memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi multimedia di dalam dunia IT pada masa kini. |
---|