Perkhawinan dan Percheraian dikalangan masyarakat Melayu : Khususnya bagi Mukim Kelebang Besar dan Mukim Bukit Rambai, Melaka / Mohd Ali Mohamad
Sering kita melihat gambar-gambar pengantin bersanding dalam surat-surat khabar dan majallah-majallah dengan pengantin-pengantin yang tersenyum kelom - maalumlah orang-orang yang berasa gembir menempuh hidup baru tetapi maseh malu-malu lagi - dan disertai dengan iringan doa semoga kekal dan bahagia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1965
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11724/1/Mohd_Ali_Mohamad.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11724/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sering kita melihat gambar-gambar pengantin bersanding dalam surat-surat khabar dan majallah-majallah dengan pengantin-pengantin yang tersenyum kelom - maalumlah orang-orang yang berasa gembir menempuh hidup baru tetapi maseh malu-malu lagi - dan disertai dengan iringan doa semoga kekal dan bahagia. tetapi berapa banyakkah daripada perkahwinan yang menampakkan kegembiraan itu yang kekal dan bahagia? Soal ini mendatangkan tanda tanya pada saya, iaitu berapa ramaikah daripada mereka yang mendirikan rumah tangga yang dapat hidup bahagia
hingga keanak chuchu. Andai kata kematian sahaja yang akan memisahkan suami isteri itu. Jawabnya sangat mengechiwakan kerana banyak daripada perkahwinan orang Melayu itu tarkandas dipertengahan jalan, malah ada yang
dipangkal jalan lagi. Tidak sunyi pula kita membacha dalam surat-surat khabar berita-berita percheraian seperti aiAnu telah mencheraikan isterinya. Meraka mempunyai enam orang anak yang maseh kachil lagi. Membacha berita seperti ini sangat menyayat hati dan mungkin menimbulkan perasaan belas kasehan pada pembacha yang mengenangkan nasib anak-anak yang tidak bordosa
dan yang malang itu. Namun bagitu banyak rumah tangga yang seperti ini yang telah menjadi pechah belah akibat daripada percheraian. Perhubongan perkahwinan adalah perhubongan yang paling erat serta penoh dengan keperchayaan. Oleh kerana itu perpechahannya sudah tentu
akan menimbulkan pengalaman yang pahit. |
---|