Perindustrian dan pekrja-pekerja kilang: Satu kajian kes mengenai pekerja-pekerja kilang (Melayu) dan masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh pekerja dan majikan di kilang / Ling Shuoy Huah

Latihan ilmiah ini bertajuk “ Perindustrian dan pekrja-pekerja kilang: Satu kajian kes mengenai pekerja-pekerja kilang (Melayu) dan masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh pekerja dan majikan di kilang”. Ia mengandungi enam bab. Bab I mengandungi penerangan ringkas mengenai pengenalan, skop dan tuju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ling , Shuoy Huah
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11682/1/ling_shuoy_huah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11682/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini bertajuk “ Perindustrian dan pekrja-pekerja kilang: Satu kajian kes mengenai pekerja-pekerja kilang (Melayu) dan masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh pekerja dan majikan di kilang”. Ia mengandungi enam bab. Bab I mengandungi penerangan ringkas mengenai pengenalan, skop dan tujuan kajian ini. Disentuh juga mengenai bidang kajian dan metodologi dan akhirnya mengenai masalah-masalah ketika menjalankan satu kajian kes seperti ini. Penemuan bab II adalah kepada kilang dan majikan. Diperbincangkan sejarah penubuhannya, pekembangan, organisasi pentadbiran dan lokasi kilang. Seterusnya aspek-aspek proses pengeluaran, jenis-jenis dan hasil keluaran, cara memproses shingga pengeluaran hasilnya. Diselidiki juga teknologi, pemasaran, keperluan mesin dan tenaga buruh dan untung rugi syarikat. Bab III pula mengenai latar belakang pekerja dan faktor yang mempengaruhi sikapnya. Contoh aspek-aspek pengkajian adalah faktor peribadi sepcrti jantina, umur dan pendidikan. Kemudian satu analisa secara perbandingan mengenai kedua-dua kilang. Kajian dan kesimpulan mengenai pengaruh latar belakang terhadap sikapnya akan diulas dengan teliti. Bab IV mengenai aspek-aspek pekerjaan. Contohnya kebebasan bekerja, status dan lain-lain lagi. Tegasnya didalam bab ini, pengkaji membicarakan kepentingan aspek ini terhadap mempengaruhi sikap pekerja. Bab V adalah mengenai perhubungan dalam industri, Kesatuan Sekerja, perananya dan sikap pekerja dan majikan terhadap dan hubungan antara pekerja dan majikan di kilang. Disentuh juga polisi, undang-undang buruh dan peranan kerajaan. Bab terakhir iaitu bab VI merupakan satu kesimpulan yang tegas diambil oleh pengkaji. Bersama itu, cadangan-cadangan, kelemahan-kelemahan juga dikemukakan. Akhirnya, diutarkan saranan dan pandangan pengkaji mengenai keseluruhan latihan ilmiah ini.