Sistem kekeluargaan Orang Batek Sungai Cheka, Kuala Lipis, Pahang / Ahmad Salludin Yeop Mat Dali

Di Malaysia Barat mempunyai tiga kelompok besar orang Asli iaitu Senoi, Proto-Malay dan Negrito. Orang-orang Negrito adalah merupakan kelompok yang terkecil sekali dari tiga kumpulan itu. Mereka dikatakan sebagai bangsa yang terawal sekali datang ke Malaysia Barat kira-kira 25,000 tahun yang lampau....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Salludin, Yeop Mat Dali
Format: Thesis
Published: 1974
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11638/1/Ahmad_Salludin_Yeop_Mat_Dali.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11638/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia Barat mempunyai tiga kelompok besar orang Asli iaitu Senoi, Proto-Malay dan Negrito. Orang-orang Negrito adalah merupakan kelompok yang terkecil sekali dari tiga kumpulan itu. Mereka dikatakan sebagai bangsa yang terawal sekali datang ke Malaysia Barat kira-kira 25,000 tahun yang lampau. Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Orang Asli dalam tahun 1969 terdapat 2,000 orang Negrito dari 53,000 orang jumlah orang Asli di Malaysia Barat. Angka ini merupakan cuma 3.8% sahaja dari keseluruhan orang Asli di Malaysia Barat. Orang Negrito ini mendiami kawasan di sebelah utara Tanah Melayu dari sempadan utara negeri Kedah, utara negeri Perak, utara negeri Kelantan yang bersempadan dengan negeri Thai membawa hingga ke negeri Pahang. Terdapat juga orang Negrito yang diam di Selatan Thailand iaitu di wilayah Trang-Pattalung, mereka hidup secara nomadic merayau-rayau di dalam hutan mengikut kelompok atau band yang kecil. Di Malaysia Barat orang Negrito ini jatuh kepada enam kelompok Kintak, Kensiu, Jahai, Lanoh, Menderik dan Batek. Terdapat kumpulan yang dipanggil Tonga di wilayah Trang-Patalung di Selatan Thailand, walau bagaimanapun jumlah orang Negrito di Thailand cuma sebilangan kecil kira-kira 300 orang.