RRI sebagai satu agen perubahan kerajaan: Satu kajian kes di Kampung Bukit Cheraka / Ishak Haji Wahab

Motif kajian seperti yang telah diterangkan sebelum ini ialah untuk meninjau sejauh manakah berlakunya perubahan samada dari segi sikap, nilai dan sebagainya dan adakah perubahan ini akan dapat diperkekalkan seterusnya. Agen perubahan yang dimaksudkan dalam kajian ialah RRI. Di sini RRI bertindak at...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Haji Wahab
Format: Thesis
Published: 1978
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11607/1/Ishak_Haji__Wahab.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11607/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Motif kajian seperti yang telah diterangkan sebelum ini ialah untuk meninjau sejauh manakah berlakunya perubahan samada dari segi sikap, nilai dan sebagainya dan adakah perubahan ini akan dapat diperkekalkan seterusnya. Agen perubahan yang dimaksudkan dalam kajian ialah RRI. Di sini RRI bertindak atau bersifat sebagai satu badan yang cuba membawa perubahan terhadap pekebun-pekebun kecil getah. Jadi keseluruhan dan kesimpulan kajian ini nanti diharapkan dapat memperlihatkan raaksi pekebun kecil getah terhadap innovasi dan perubahan dan apakah perubahan ini kekal atau hanya wujud semasa adanya pemerhatian dan kawalan pegawai pegawai agen perubahan itu? Perubahan dalam erti kata yang sebenarnya di negara kita ini ialah dalam bentuk 'Perubahan Berancang' yang mengikut Bennis, Benne dan Chin dalah satu perubahan sosial yang, "... conscious, deliberate and intended at least on the part of one or more agents related to the change attempts". Mereka juga berpendapat, strateji bertindak telah bertukar daripada "ideological form to technical one. The shift has been from, 'should we seek to plan change' to 'how to plan particular change for particular people in particular setting'". Di Malaysia, kerajaan menjalankan perubahan berancang seperti yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga. Bagaimanapun, pekebun-pekebun kecil getah masih tetap dengan keadaan lama mereka.