Peranan dan sikap wanita dalam bidang pekerjaan profesional (Satu kajian “Exploratory” di Kuala Lumpur) / Chew Chuan Juak
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian "exploratory" ke atas pekerja-pekerja wanita profesional di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat peranan dan sikap wanita dalam pekerjaan profesional. Dalam penulisan kajian ini, saya telah membahagikan kepada tujuh bab, m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1984
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11578/1/chew_chuan_juak.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11578/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian "exploratory" ke atas pekerja-pekerja wanita profesional di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat peranan dan sikap wanita dalam pekerjaan profesional. Dalam penulisan kajian ini, saya telah membahagikan kepada tujuh bab, mengikut aspek-aspek yang tertentu. Bab I, pengkaji telah menghuraikan bidang dan tujuan kajian. Selain itu, pengkaji juga menerangkan metode kajian yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian luar. Bab II, huraian mengenai konsep-konsep dan teori yang digunakan di dalam latihan ini khususnya konsep peranan, konsep kerja, konsep pekerjaan profesional dan konsep sikap telah dihuraikan dalam bab ini. Bab III, dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan sedikit sebanyak tentang pelajaran dan peranan wanita dalam pekerjaan di Malaysia. Di samping itu, pengkaji cuba menunjukkan bagaimana faktor pelajaran telah membolehkan kaum wanita memegang pekerjaan profesional. Bab IV, bab ini adalah bab ini di mana pengkaji menghuraikan latar belakang sosio-ekonomi reasponden serta keluarga mereka. Bab V, dalam bab ini, pengkaji telah meninjau bagaimana peranan wanita dalam pekerjaan profesional digabungkan dengan peranan mereka dalam bidang urusan rumahtangga. Di samping itu, pengkaji juga meninjau faktor-faktor yang mendorong penglibatan wanita dalam pekerjaan profesional. Bab VI, pengkaji melihat sikap kaum wanita dalam bidang pekerjaan profesional terhadap pekerjaan serta masalah-masalah yang dihadapi. Bab ini, merupakan rumusan terhadap keseluruhan kajian di mana dikaitkan antara teori dan konsep dengan “findings” yang didapati.
|
---|