Peranan dan membuat keputusan dalam rumahtangga, satu: Satu kajian ke atas peniaga wanita Melayu di Kota Bahru / Wan Teratai Yusoff

Pada masa ini sumbangan tenaga wanita semakin penting dalam perkembangan ekonomi negara. Mereka melibatkan diri dalam pelbagai sektor, dari sektor pertanian hinggalah sektor perindustrian. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengiktiraf sumbangan wanita dalam Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Teratai, Yusoff
Format: Thesis
Published: 1994
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11305/1/wan_teratai.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11305/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa ini sumbangan tenaga wanita semakin penting dalam perkembangan ekonomi negara. Mereka melibatkan diri dalam pelbagai sektor, dari sektor pertanian hinggalah sektor perindustrian. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengiktiraf sumbangan wanita dalam Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Memandangkan wanita sekarang telah sama-sama melibatkan diri dalam sektor pekerjaan dan mempunyai pendapatan sendiri. maka latihan ilmiah ini dibuat untuk melihat peranan wanita dari segi kuasa membuat keputusan dalam rumahtangga. Tumpuan kajian ini adalah ke atas golongan wanita yang telah rumahtangga. yang melihatkan diri dalam sektor perniagaan tak formal di bandar Kota Bahru . Untuk mengukur dari segi kuasa mahu membuat keputusan pengkaji telah meneliti latar lalakang perihadi wanita tersebut juga peranannya dalam rumahtangga. Cara pengukuran yang dibuat juga turut ditunjukan dalam bab V. Di sini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Analisis Yule’Q yang diperkenalkan oleh Kendall dan Lazarsfeld. Pada akhir tulisan ini, pengkaji telah menga tkan hasil keputusan yang didapati dari pengukuran dengan teori-teori yang telah dikemukakan oleh penulis-penulis sebelum ini. Pengkaji juga tidak lupa mengemukakan beberapa kelemahan yang timbul dari kajian-kajian yang telah dijalankan dan cadangan-cadangan bagaimana kelemahan-kelemahan tersebut dapat diperbaiki.