Persembahan multimedia Kursus Induksi Pembantu Mahasiswa Universiti Malaya / Khairil Affendy Khazali

Dalam menghadapi cabaran era sains dan teknologi pada alaf ini, teknologi maklumat menjadi tunjang utama dalam informasi terhadap setiap golongan masyarakat. Dengan berkembangnya teknolgi maklumat di negara ini, seharusnya pihak yang bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi tahap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairil Affendy , Khazali
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11253/1/khairil_affendy_khazali.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11253/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam menghadapi cabaran era sains dan teknologi pada alaf ini, teknologi maklumat menjadi tunjang utama dalam informasi terhadap setiap golongan masyarakat. Dengan berkembangnya teknolgi maklumat di negara ini, seharusnya pihak yang bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi tahap celik IT dikalangan masyarakat. Bagi merealisasikan harapan tersebut pendekatan yang terbaik diperlukan dan seharusnya dilakukan bermula dari sekarang. Justeru itu, sebagai menyahut saranan dalam pembangunan teknologi maklumat ini, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang menjadi salah sebuah pusat penghasilan golongan yang mahir dengan teknologi perkomputeran semestinya menerima cabaran tersebut dengan menggunakan semaksimum yang mungkin teknologi maklumat di dalam segala urusan pentadbirannya. Keperluan di dalam mengendalikan Kursus Induksi Pembantu Mahasiswa secara sistematik, berkualiti dan mempunyai satu piawaian yang tetap oleh pihak universiti telah melahirkan projek ini. Projek yang cuba dibangunkan ini diharap dapat membantu mengurangkan segala kelemahan yang terdapat di dalam pengendalian Kursus Induksi Pembantu Mahasiswa Universiti Malaya. Semga ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan manjadi perintis dalam membangunkan pelbagai aplikasi yang lain.