Sistem kerjaya / Tay Kim Seng

Sistem Kerjaya merupakan satu sistem khas yang digunakan untuk membantu seseorang individu mencari serta menentukan bidang kerjaya yang sesuai. Sistem ini dibina berdasarkan pendekatan Holland, iaitu menerusi satu teknik yang dinamakan Self-Directed-Search. Umumnya, sistem yang dibina ini dikhaska...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tay, Kim Seng
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11080/1/Tay_Kim_Seng.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11080/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Kerjaya merupakan satu sistem khas yang digunakan untuk membantu seseorang individu mencari serta menentukan bidang kerjaya yang sesuai. Sistem ini dibina berdasarkan pendekatan Holland, iaitu menerusi satu teknik yang dinamakan Self-Directed-Search. Umumnya, sistem yang dibina ini dikhaskan kepada pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 5 dan 6. Pelajar yang ingin menjalankan ujian kerjaya (career test) akan menjawab beberapa soalan (antara 40-50) yang akan dikemukakan oleh sistem. Soalan tersebut kebanyakannya adalah berdasarkan kepada minat, kemahiran, kebolehan dan sebagainya. Pada akhir sesi, sistem akan mengira pungutan markah dan membandingkan markah tersebut dengan kod kerjaya. Kerjaya yang sesuai akan dipaparkan. Sistem Kerjaya dibina menggunakan perisian Visual Basic 6.0 bersama dengan Microsoft Access 2000 sebagai pangkalan data bagi menyimpan segala transaksi dan rekod-rekod pelajar. Ia juga dibina berkonsepkan pelayan-pelanggan di persekitaran Local Area Network dimana beberapa pelanggan boleh mencapai dan menghantar data kepada pelayan secara serentak. Sementara itu, Model Waterfall dan Prototaip digunakan dalam membangunkan Sistem Kerjaya kerana pendekatannya yang mudah dan teratur. Dalam menggunakan sistem tersebut, hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan menjalankan ujian kerjaya. Mereka yang tidak berdaftar juga boleh menggunakan sistem tetepi hanya menjalankan penyelidikan terbadap kerjaya yang ditawarkan dipasaran. Sementaara pentadbir pula akan memantau panggunaan sistem dan mencatat laporan pada akhir satu masa tertentu. Setelah disiapkan, sistem ini dijangka akan melicinkan pentadbiran sekolah disamping mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.