Drug addiction and effectiveness of rehabilitation (Case study: Pusat pemulihan dadah, Kuala Kubu Baru) / Chang Shen Chyang

Latihan ini adalah hasil dari kajian yang telah dijalankan terhadap Pusat Pemulihan Dadah, Kuala Kubu Baru selama 1 ½ bulan. Focus kajian adalah terhadap aspek penagihan dadah di Malaysia serta aspek pemulihan terutamanya terhadap pusat-pusat pemulihan yang telah didirikan oleh kerajaan. Dalam pus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chang , Shen Chyang
Format: Thesis
Published: 1982
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11007/1/chang_shen_chyang.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11007/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ini adalah hasil dari kajian yang telah dijalankan terhadap Pusat Pemulihan Dadah, Kuala Kubu Baru selama 1 ½ bulan. Focus kajian adalah terhadap aspek penagihan dadah di Malaysia serta aspek pemulihan terutamanya terhadap pusat-pusat pemulihan yang telah didirikan oleh kerajaan. Dalam pusat ini, kajian dibuat melalui metode perbualan atau temuduga dengan kakitangan serta penagih-penagih dadah di situ serta metode pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti atau program-program yang dijalankan. Tambahan pula, satu sampel berjumlah 20 orang telah dipilih dari penagih-penagih dadah pusat unutk meninjau berbagai aspek latarbelakang mereka. Selama 1 ½ bulan itu, saya telah bercampur gaul dengan para penagih dadah dan kakitangan pusat itu untuk mendapatkan maklumat serta data-data yang berkenaan. Statistik-statistik yang lain pula telah didapatkan dari perangkaan-perangkaan yang telah dikumpul oleh pusat itu dalam laporan tahunannya serta dari fail-fail persendirian penagih-penagih itu. Tambahan pula, saya telah mengikuti hamper semua aktivti disitu seperti sesi kaunseling, projek-projek kraftangan, mesyuarat-mesyuarat rasmi serta aktiviti-aktiviti kesukanan dan rekreasi. Walaupun masalah-masalah tertentu seperti kekurangan masa, halangan dari segi bahasa dan ras serta ketidaksanggupan ditemuduga telah dihadapi, lama kelamaan ianya dapat diselesaikan dengan sempurna. Pada asasnya kajian ini terbahagi pada 2 aspek yang penting; iaitu mengenai penagihan dadah di negara ini dan peranan yang dimainkan oleh pusat pemulihan dadah. Bab pertama meninjau aspek penagihan ini melalui maklumat-maklumat latarbelakang sosio-fizikal terhadap sampel 20 orang penagih dari pusat itu. Tambahan pula, tiga kes yang tertentu telah ditinjau untuk memberikan gambaran yang lebih jelas. Bab kedua melihat pada struktur pusat itu, iaitu perkara-perkara seperti kakitangan, pentadbiran program-program serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan sebagainya. Dalam bab ketiga, kekesanan pusat ini ditinjau dan ini termasuk masalah-masalah serta kekurangan-kekurangan yang dihadapi seperti kekurangan kakitangan yang mahir, masalah birokrasi, kekurangan kemudahan-kemudahan tertentu dan keganasan yang dilahirkan dari “sub-culture” penagih. Kajian ini diakhiri dengan cadangan-cadangan untuk mengurangkan masalah penagihan dadah di Negara ini serta untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan yang terlihat dalam pusat-pusat pemulihan dadah kerajaan.