Wanita dan risiko kesihatan: Kajian kesedaran wanita terhadap kepentingan produk takaful wanita / Nor Hanani Ahmad

Wanita dengan risiko kesihatan merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka kemungkinan akan berlaku tanpa mengira peringkat umur wanita. Penawaran produk takaful wanita oleh beberapa pengendali takaful terpilih merupakan suatu wasilah yang membantu wanita dalam membuat persediaan dari segi k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hanani , Ahmad
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10872/1/Nor_Hanani.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10872/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wanita dengan risiko kesihatan merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka kemungkinan akan berlaku tanpa mengira peringkat umur wanita. Penawaran produk takaful wanita oleh beberapa pengendali takaful terpilih merupakan suatu wasilah yang membantu wanita dalam membuat persediaan dari segi kewangan dan perlindungan kesihatan. Kajian ini membincangkan kepelbagaian risiko kesihatan wanita yang dikaitkan dengan manfaat penawaran produk takaful wanita. Selain itu, kajian ini turut membincangkan bagaimana kesedaran wanita terhadap kepentingan produk takaful wanita dalam menyediakan perlindungan penyakit khusus wanita dan perlindungan kewangan. Kaedah campuran telah digunakan dalam kajian ini termasuk dokumentasi, temu bual dan soal selidik bagi proses pengumpulan data. Data yang difokuskan adalah berkaitan dengan risiko kesihatan wanita, faktor penawaran produk takaful wanita dan kesedaran wanita terhadap kepentingan produk-produk ini. Bagi penganalisaan data, kaedah analisis tematik digunakan bagi data temu bual. Manakala data bagi soal selidik telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati wanita lebih terdedah kepada risiko kesihatan yang berkait dengan penyakit khusus seperti kanser, komplikasi kehamilan, komplikasi kelahiran dan sebagainya. Hasil kajian juga mendapati, objektif penawaran produk takaful wanita memberi kesan positif kepada pengendali takaful dan peserta. Bahkan, wanita yang memiliki produk takaful wanita prihatin terhadap kepentingan produk ini dengan menjadikan penyakit khusus wanita sebagai pilihan utama manfaat perlindungan yang diperlukan. Penyelidik merumuskan bahawa penawaran produk takaful wanita ini membolehkan wanita mendapat akses perkhidmatan kesihatan dan jaminan kewangan yang memenuhi keperluan kesejahteraan hidup wanita.