Sistem pendaftaran pesakit di wad (SPPDW) / Hartini AbduL Rani

Sistem Pendaftaran Pesakit Di Wad merupakan satu sistem maklumat berkomputer yang membolehkan maklumat pesakit seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. jantina,jenis penyakit dan sebagainya disimpan dalam pangkalan data. Antara objektif projek ini ialah untuk mengubah kaedah pendaftaran secara m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hartini, AbduL Rani
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10861/1/Hartini_Abdul_Rani_(SPPDW)0203.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10861/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Pendaftaran Pesakit Di Wad merupakan satu sistem maklumat berkomputer yang membolehkan maklumat pesakit seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. jantina,jenis penyakit dan sebagainya disimpan dalam pangkalan data. Antara objektif projek ini ialah untuk mengubah kaedah pendaftaran secara manual kepada kaedah menggunakan komputer, membangunkan satu sistem pendaftaran yang cekap dan bersistematik serta dapat meningkatkan produktiviti dengan mengalih tenaga kerja kepada urusan dan aktiviti Lain yang lebih produktiviti. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) di mana pelaksanaan projck dapat dikawal dengan sempurna dan membolehkan kawalan kualiti hasil-hasil yang dicapai daripada projek pembangunan sistem. Sistem Pendaftaran Pesakit Di Wad dibangunkan dengan menggunakan Visual Basic 6.0. Sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan adalah Microsoft Access. S istem ini boleh di bahagikan kepada 7 modul iaitu modul pendaftaran, modul rekod,modul pencarian modul laporan, modul pentadbir, modul keluar dun modul bantuan.Pada akhir projek ini dijangkakan Sistem Pendaftaran Pesakit Di Wad mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin bagi maklumat pesakit, pangkalan data untuk menyimpan semua rekod, menghasilkan pengurusan pangkalan data yang cekap dan antaramuka pengguna yang interaktif.