Sumbangan Jamal al-Din al-Qasimi dalam bidang astronomi: Kajian berdasarkan kitab tafsir Mahasin Al Ta'wil / Hamizah Ruslan

Kajian ini membahaskan tentang sumbangan Jamāl al-Dīn al-Qāsimī dalam bidang astronomi melalui hasil usaha beliau menulis kitab tafsir bertajuk Maḥāsin al-Ta’wīl dengan menjadikan beberapa topik astronomi yang ditekankan oleh al-Qāsimī sebagai asas kajian. Metode kajian ini berasaskan penyelidikan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamizah , Ruslan
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10803/1/Hamizah_Ruslan_%E2%80%93_Dissertation.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10803/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membahaskan tentang sumbangan Jamāl al-Dīn al-Qāsimī dalam bidang astronomi melalui hasil usaha beliau menulis kitab tafsir bertajuk Maḥāsin al-Ta’wīl dengan menjadikan beberapa topik astronomi yang ditekankan oleh al-Qāsimī sebagai asas kajian. Metode kajian ini berasaskan penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan metode pengumpulan data, metode analisis kandungan dan metode kualitatif. Topik-topik terpilih telah dihuraikan dengan menggunakan analisis komparatif iaitu kajian perbandingan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain serta membawa kajian-kajian saintifik yang bersesuaian dengan topik berkenaan. Sumber data adalah melalui kitab Maḥāsin al-Ta’wīl, kitab-kitab tafsir yang muktabar, karya-karya al-Qāsimī, kitab-kitab umum, tesis dan disertasi serta laman sesawang berautoriti berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Jamāl al-Dīn al-Qāsimī merupakan salah seorang ulama tafsir yang bersungguh-sungguh memperkasakan kekuatan pentafsiran al-Quran secara saintifik dalam sejarah Islam. Kajian terhadap karya agung beliau, kitab tafsir Maḥāsin al-Taʼwīl memberikan impak positif dalam memahami konsep tafsīr ʻilmī dengan lebih jelas terutamanya berkenaan ayat-ayat al-Kawniyyah di dalam al-Quran yang memfokuskan bidang astronomi sebagai topik perbincangan. Gabungan metode pentafsiran secara al-Ma'thūr dan al-Raʼyī yang digunakan dalam pentafsiran al-Qāsimī mengharmonikan hubungan antara inti pati al-Quran dengan kajian saintifik semasa.