A general study of drug abuse and rehabilitation at Pusat Pemulihan Dadah, Tampoi, Johor bharu, Johor / Tung Yew Wai

Dalam kajian ini, penulis telah membuat satu percubaan untuk melihat secara umumnya masaalah penyalahgunaan dadah dan rancangan-rancangan pemulihan di dalam Pusat Pemulihan Dadah Tampoi di Johar Bharu, Johor. Masalah penyalahgunaan dadah di kalongon pemuda-pemudi di Malaysia merupakan aatu perkara y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tung, Yew Wai
Format: Thesis
Published: 1982
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10785/1/tung_yew_wai.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10785/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kajian ini, penulis telah membuat satu percubaan untuk melihat secara umumnya masaalah penyalahgunaan dadah dan rancangan-rancangan pemulihan di dalam Pusat Pemulihan Dadah Tampoi di Johar Bharu, Johor. Masalah penyalahgunaan dadah di kalongon pemuda-pemudi di Malaysia merupakan aatu perkara yang agak serius. Ancamen masalah penyalahgunaan dadah boleh dikatakan hampir setaraf dengan ancaman komunis di negara kita. Sering kali kitta membaca, melihat atau mendengar kes-kes penangkapan dan hukuman-hukuman yang dijatuhkan ke atas pengedar-pengedar dadah. Kerajaan kita sering menasihatkan masyarakat dalam akhbar-akhbar dan televisyen supaya mengawasi ancaman masalah penyalahgunaan dadah yang kian hari kian meresap ke dalam anggota masyarakat khususnya di kalangan pemuda-pemudi. Di dalam menjalankan kajian ini, penulis bercampur-gaul dengan penagih-penagih yang sedang menjalankan proses pemulihan. Penulis telah menjalankan kajian selama enam minggu mengambil bahagian dalam beberapa rancangan pemulihan dan bergaul dengan kakitangan-kakitangan dalam Pusat Pemulihan Dadah Tampoi, Johar Bharu. Data-data dan informasi dikutip dan disimpan untuk rujukan semasa menulis latihan ilmiah ini. Bab I merupakan pendahuluan yang menceritakan metodologi kajian, pemilihan sampel dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Bab II menerangkan latar belakang sejarah dan struktur pusat pemulihan tersebut. Bab III menerangkan latar belakang penagih-penagih dadah dalam pusat itu dan juga sebab-sebab mengapa mereka mengambil dadah. Bab IV melihat kesan-kesan dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam rancangan-rancangan pemulihan. Akhir sekali, bab V merupakan satu ringkasan kajian ini di samping beberapa cadangan yang diberikan.