Sosio-ekonomi pekerja-pekerja kilang cat kawasan perusahaan Larkin, Johor Bahru / Anuar Pandak Ahmad

Latihan ilmiah ini yang bertajuk Sosio-ekonomi pekerja-pekerja kilang cat mempunyai tujuh bab. Setiap bab mempunyai isi kandungan yang tersendiri berdasarkan kepentingan-kepentingan yang perlu ada di dalam sesuatu bab. Di bawah ini, pengkaji meringkaskan tiap-tiap isi kandungan di dalam tiap-tiap ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anuar Pandak, Ahmad
Format: Thesis
Published: 1983
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10648/1/anuar_pandak_ahmad.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10648/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini yang bertajuk Sosio-ekonomi pekerja-pekerja kilang cat mempunyai tujuh bab. Setiap bab mempunyai isi kandungan yang tersendiri berdasarkan kepentingan-kepentingan yang perlu ada di dalam sesuatu bab. Di bawah ini, pengkaji meringkaskan tiap-tiap isi kandungan di dalam tiap-tiap bab. Di dalam bab I, pengkaji menerangkan tentang pengenalan dan tujuan-tujuan kajian kes ini. Seterusnya metod kajian juga diketengahkan. Antara perkara-perkara yang termasuk di dalam bab ini ialah cara-cara mengumpulkan data termasukalah “research design” yang di gunakan di dalam bab ini. Dalam bab II, aspek-aspek pekembangan majikan diperbincangkan. Di antara perkara yang disentuh ialah sejarah penubuhan kilang dan perkembangannya. Modal, untung rugi, lokasi kilang juga diterangkan dengan teliti. Selain itu, aspek-aspek yang berhubungan dengan organisasi dan pentadbiran juga disentuh. Seterusnya pengkaji membicnangkan aspek-aspek pengeluaran dari jenis-jenis hasil pengeluaran kilang ini, cara-cara memproses hinggalah kepada bahan-bahan mentah yang digunakan. Teknologi, tenaga buruh dan pemasaran juga diketengahkan di dalam bab II ini. Antara aspek-aspek yang dibicarakan di dalam bab ketiga ialah yang berhubungan dengan pekerja-pekerja. Segala punca pendapatan pekerja-pekerja dan potongan yang dikenakan dinyatakan satu persatu. Selain dari itu, kemudahan-kemudahan yang diterima oleh pekerja-pekerja juga ada dibincangkan seperti cuti, pengangkutan, kesihatan dan mengani masa rehat mereka. Bab IV menyentuh tentang pekerja-pekerja secara lebih terperinci. Latarbelakang mereka diperbincangkan dari aspek-aspek seperti umur, jantina, bangsa, status perkahwinan, tanggungan, taraf pendidikan, latarbelakang tempat tinggal dan pengenalan bekerja pekerja-pekerja. Berikutan dari itu, pengkaji menyentuh pula aspek-aspek pekerjaan pekerja-pekerja. Antara yang disentuh itu ialah jenis kerja yang dilakukan, sikap terhadap kerja mereka, menentukan kadar kerja, pekerjaan berat atau ringan, pendapatan dan perbelanjaan, jaminan pekerjaan, status kerja, peluang kenaikan pangkat, kebebasan mobiliti, keselamatan semasa berkerja dan masa lapang mereka. Cuma dua aspek perbincangan yang terdapat di dalam bab V. Kedua-dua aspek tersebut ialah bayaran majikan terhadap para pekerja dan tumpuan majikan. Di sini pengkaji cuba memperlihatkan corak layanan dan apakah jenis layanan yang diberikan oleh majikan. Tumpuan majikan iaitu sama ada pada keuntungan atau kebajikan pekerja-pekerjanya juga dibincangkan dengan panjang lebar di dalam bab ini. Tegasnya, di dalam bab ini, hubungan pekerja-majikan diperbincangkan dan sekaligus soal-soal layanan majikan turut terlibat. Jika di dalam bab V pengkaji membincangkan layanan majikan kepada pekerja-pekerjanya, maka di dalam bab VI pula pengkaji membicarakan tentang sikap atau tindakbalas pekerja-pekerjanya terhadap layanan yang diberikan oleh majikan. Pandangan pekerja-pekerja tentang Kesatuan Sekerja juga dipersoalkan. Bab VII yang merupakan bab terakhir pengkaji membri kesimpulan tegas, cadangan-cadangan dan kelemahan-kelemahan yang berhubungan dengan kajian kes ini. Seterusnya garis panduan untuk pengkaji-pengkaji akan datang juga dinyatakan di dalam bab ini.