Masalah kemiskinan petani luar bandar di Daerah Hulu Terengganu, Kajian kes di Kampung Kuala Kejir / Ab. Rashid Ismail

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu, Terengganu. Tujuan kajian adalah untuk menyingkap berbagai keadaan sosio-ekonomi serta masalah-masalah yang membelenggu petani yang menyebabkan petani berada dalam kemelut kemiskinan. Permasalahan kemiskinan merupakan satu fenomena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Rashid, Ismail
Format: Thesis
Published: 1988
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10579/1/ab._rashid_ismail.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10579/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu, Terengganu. Tujuan kajian adalah untuk menyingkap berbagai keadaan sosio-ekonomi serta masalah-masalah yang membelenggu petani yang menyebabkan petani berada dalam kemelut kemiskinan. Permasalahan kemiskinan merupakan satu fenomena yang semakin serius yang mempunyai pengaruh dan implikasi yang mendalam terhadap sosio-ekonomi masyarakat dan negara seluruhnya. Banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji tempatan dan luar mengenai permasalahan kemiskinan ini. Kerajaan pula telah melaksanakan berbagai rancangan dari Rancangan Malaysia Pertama (1961-1925) hinggalah ke Rancangan Malaysia ke empat (RME) untuk menyelesaikan permasalahan ini. Namun, kemiskinan terus berlaku untuk melengkapkan kajian yang telah dijalankan. Pengkaji telah menerangkan dalam lima bab. Di dalam bab pertama diterangkan tujuan kajian, bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian luar. Kesulitan-kesulitan dan cara mengatasinya serta pemilihan tempat kajian. Bab II dihuraikan Daerah Hulu Terengganu secara umum. Ia meliputi struktur pentadbiran, penduduk, sumber-sumber ekonomi petani, taraf pendidikan, pendapatan dan taraf teknologi penyesuaian yang disukai oleh petani. Bab III adalah untuk melihat latar belakang sejarah an aspek sosial serta kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan yang meliputi kemudahan pembangunan elektrik bekalan, bekalan air, pendidikan dan kesihatan. Bab IV pula menerangkan secara khusus mengenai aspek ekonomi penduduk kampung Kuala Kejir yang meliputi pekerjaan, pemilikan tanah, pendapatan, perbelanjaan, pola simpanan dan hutang. Bab V merupakan satu kesimpulan terhadap bab-bab yang lalu. Di samping itu juga terdapat saranan-saranan untuk ditujukan kepada pihak yang berwajib untuk meninggikan lagi taraf sosial-ekonomi para petani miskin.