Kesantunan bahasa dalam rancangan realiti Yuttha Medai / Khulalhalini Sera Stalin

Media elektronik memainkan peranan yang cukup penting dalam menyebarluaskan sesuatu bahasa. Tambahan pula, era globalisasi yang semakin pesat menyediakan media elektronik dengan kepantasan dalam penyampaian pelbagai bentuk maklumat, berita, peristiwa, persembahan rancangan realiti dengan menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khulalhalini , Sera Stalin
Format: Thesis
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10545/1/Khulalhalini.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10545/2/Khulalhalini_Sera_Stalin_%E2%80%93_Dissertation.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10545/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Media elektronik memainkan peranan yang cukup penting dalam menyebarluaskan sesuatu bahasa. Tambahan pula, era globalisasi yang semakin pesat menyediakan media elektronik dengan kepantasan dalam penyampaian pelbagai bentuk maklumat, berita, peristiwa, persembahan rancangan realiti dengan menggunakan bahasa yang bergaya untuk menyampaikan maklumat tertentu kepada para penonton dirumah. Selain itu, dalam mengharungi era globalisasi ini, nilai murni yang telah dipusakai sejak turun-temurun semakin luntur. Penggunaan kata yang dikaitkan dengan kesantunan bahasa semakin tidak dititikberatkan. Khususnya dalam rancangan realiti, penutur bahasa mula menunjukkan sikap tidak mengendahkan lagi penggunaan kata-kata yang dapat menggambarkan kesantunan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi kesantunan bahasa dalam rancangan realiti Tamil Yuttha Medai anjuran Astro Vaanavil Malaysia. Kajian ini adalah suatu pendekatan kaedah kualitatif yang berbentuk deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada penggunaan bahasa pengadil Yuttha Medai dari segi strategi kesantunan bahasa berdasarkan konsep dan teori Brown dan Levinson (1987).